Pembaca Setia

Khamis, 8 April 2010












PETUA TRADISIONAL KHAS UNTUK PERAWAN

Dalam masyarakat tradisi Melayu,terdapat banyak petua-petua untuk perawan (anak dara) yang elok dilakukan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak. Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.

1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ketilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.

2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinva menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, danm menjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.(Jangan gunakan untuk memikat selain dari suami sendiri)

3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh.(Ini khas bahan terlarang yang disediakan untuk suami tercinta)

4. Taman Semerbak Mewangi
Amalkan makan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.(Amalkan petua ini untuk kesegaran perkahwinan)

5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.(Kepuasan suamimu maka ia tak menjeling yang lain)

6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. SeIalu minum air asam jawa.Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.(Ini boleh jadi fitnah/dosa,jadi bila bercakap dengan bukan mahram tidak boleh bersuara lembut dan manja tetapi hendaklah tegas)

7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis.Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima’ setelah berkahwin nanti.

8. Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam,kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.(Siapakah yang akan lebih berbahagia selain suamimu di dunia ini dan akan berjumpa lagi insya Allah di syurga nanti,suamimu yang itu-itu juga)

RAHSIA KECANTIKAN ISLAM

1)Memakai celak untuk kecantikan mata(sunnah nabi Saw)-awas celak yang mengandungi kimia berbahaya.

2)Sentiasa berwuduk-selain dari mengikuti sunnah ,amalan ini dapat menghindarkan gangguan syaitan dan menaikkan seri muka walaupun tanpa niat nak berseri.Muka selalu bersih dan terhindar dari jerawat dsbgnya .Seri muka lebih asli dan ikhlas berbanding dengan makeup yang menimbulkan seri palsu

3)Bertahajjud-Selain dapat meneguhkan hubungan dengan khaliq,amalan ini menjadikan kita awet muda.Terdapat seorang ustaz yang sangat rajin bertahajjud
umurnya dulu 53 tahun tetapi kelihatan seperti 35 tahun

4)Memakai purdah-Dapat memutihkan muka dan menjadi lebih bersih kerana tidak terkena panahan mata lelaki yang menjeling.Makin kurang lelaki memandang muka kita maka makin berkat muka kita,makin ramai memandang dan terpesona makin banyak dosa dan makin tidak berkat muka itu.

5)Membaca alquran-Ini dapat melahirkan nur ruhani yang tercermin di dalam akhlak.Apa guna rupa cantik tetapi tiada akal?Akallah yang menjadikan wanita itu lebih cantik.Untuk membina akal kena baca tafsir quran dan hadis,memikirkan dengan mendalam dan mengamalkan.Perempuan berakal adalah nur dalam rumahtangga