Pembaca Setia

Sabtu, 3 April 2010





















PENYEMBUHAN KANSER/BARAH

Semua pesakit kanser yang mengunjungi pusat rawatan mempunyai masalah gangguan jin di dalam tubuh badan. Teringat ustaz saya dahulu mengatakan bahawa semua kanser adalah berpunca dari gangguan jin.

Buktinya tidak ada seorang pun pesakit kanser yang pernah saya rawati kecuali semuanya ada gangguan jin. Terkecuali yang telah sembuh. Dahulu kami pernah merawat seorang budak yang mendakwa dibawa jin melawat kampung halaman mereka. Dia mendakwa terdapat bengkel-bengkel pertukangan jin yang menghasilkan percikan api berbisa untuk menularkan penyakit kanser. Sejauh mana kebenaran dakwaannya hanya Allah yang Maha Mengetahui!!!
Rawatan paling kurang selama 40 hari. Untuk penyakit sebegini rawatannya adalah:

1) Dengar: Iaitu mendengar ruqyah saratan atau jampi kanser. Hampir sama dengan ruqyah syariah yang biasa kita dengar. Cuma ada beberapa ayat tambahan. Didengar sekerap mungkin.

2) Mandi: Mandi air yang telah diruqyah sekali sehari sebelum maghrib.

3) Minum: Minum air yang diruqyah tiga kali sehari.

4) Sapu: Sapu anggota yang terkena kanser dengan minyak zaitun virgin oil yang telah diruqyah sekerap mungkin. Sekiranya terkena kanser darah atau leukimia atau anggota di dalam perut maka hendaklah diminum 3 sudu minyak zaitun setiap hari.

Bagi pesakit kanser, ulcer dan ketumbuhan bolehlah datang mengunjungi pusat rawatan. Insya Allah sembuh dengan izin Allah