Pembaca Setia

Ahad, 11 April 2010















PENGALAMAN MERAWAT


Assalamualaikum semua...Di sini saya ingin berkongsi kisah merawat seorang pesakit perempuan namanya A dari bandar Kuantan. Dia datang bersama ibu saudaranya M. Pesakit mengadu terasa ada benda bergerak-gerak di bawah kulitnya. Saya meruqyah seperti biasa dan berpesan supaya melakukan mandian ais. Setelah seminggu saya menelefon pesakit untuk bertanya khabar. Beliau berkata masih ada rasa bergerak-gerak tapi telah berkurangan. Saya berpesan supaya membawa daun munggal (mailto:ramunggal@kelor) jika datang untuk membuat rawatan seterusnya. Pesakit tadi bersetuju dengan cadangan tersebut.

Apabila pesakit datang untuk kali kedua saya membaca ruqyah syariiyah agak lama dari kebiasaan kepada pesakit, air,limau dan daun munggal. Saya berpesan agar daun munggal ditumbuk dan diminum airnya tiga kali selang sepuluh minit sekali minum. Minum waktu malam. Setelah pesakit melakukan mandian ais dan minum air daun munggal beliau menelefon saya memberitahu rasa bergerak dibawah kulitnya telah hilang sama sekali. Saya memberitahunya supaya membuat sujud syukur kepada Allah .Yang peliknya ketika pulang dari rumah saya pada rawatan kedua itu ibu saudaranya M telah sendawa tidak berhenti-henti sejak menaiki kenderaan hinggalah sampai ke rumah kata beliau.