Pembaca Setia

Khamis, 8 April 2010

















PENGALAMAN MERAWAT PESAKIT SILAT


Semalam Khamis 8 Apr 2010 saya berpeluang merawat seorang pesakit yang datang bersama anak dan isterinya ke PR Bdr Puteri. Anaknya PP sudah kerap dirawat oleh saya,walaupun masih tidak sembuh tetapi dah banyak berkurang.Oleh itu PP berhasrat membawa ayah dan ibunya untuk dirawat.Walaupun telah lama memaklumkan kepada saya tetapi baru semalam hajatnya tercapai untuk membawa ayah dan ibunya dgn izin Allah.

Dahulu PP memberitahu saya ayahnya dalam masa tertentu boleh bersilat walaupun tanpa belajar dan ada masanya bila solat berjemaah ayahnya menangis teresak-esak ketika mendengar imam membaca surah walaupun surah ad Dhuha sekalipun sampai terbengkok kakinya ketika solat. Ayahnya juga kerap menangis ketika mendengar imam membaca doa hatta di rumah orang tahlil sekalipun. Sedangkan ayahnya tidak belajar bahasa arab dan tidak boleh bertutur bahasa arab. PP mendakwa pernah ada seorang perawat yang pandai bahasa arab telah datang ke rumah dan berkomunikasi dengan ayahnya secara panjang lebar dalam bahasa arab. PP menganggap jin di dalam badan ayahnya yang bercakap

Pendekkan cerita saya menyuruh mereka duduk sejajar PP,ibu dan ayahnya. termasuk dua orang anak PP.Saya membaca ayat ruqyah dan memberi tumpuan kepada ayah PP sambil tangan kadang-kadang saya letak di atas kepala/di atas belakang dan pinggang.Setelah habis ruqyah seround saya tanya ada rasa apa-apa. PP masih rasa macam ada benda bergerak,ibunya pening kepala ketika ruqyah manakala ayahnya tidakm rasa apa-apa.Pelik! Kalau jin silat biasanya dah buka bunga,melompat atau menolak saya kerana ketika ruqyah saya menyentuh kepalanya.Saya kata mungkin jin islam jadi dia lari atau tiada kesan ketika baca ruqyah.Saya picit jari manis kaki ibunya,terlampau kuat respon menunjukkan ada sedikit gangguan dan memberitahu PP supaya membuat mandian ais untuk ibunya.

Saya masih tidak puas hati dengan situasi ayah PP (saya menanggap semua dakwaan PP benar)
lalu saya menyentuh semua poin di mana biasanya akan terasa sakit kalau ada gangguan syaitan.Tetapi ayahnya tidak terkejut seperti orang yang ada gangguan,lalu saya menekan poin di bawah ketiak yang biasanya kalau ada jin silat pesakit terus melompat dan bersilat masih tiada respon,pelik!lalu saya menyuruh PP membeli ais tiga beg untuk buat mandian.

Sementara PP membeli ais ,ayahnya memberitahu dia tidak pernah belajar sebarang silat batin/seru.Cuma dia ada mengamalkan solat tahajjud.Dia mengatakan Rasul Saw tidak sahaja solat 11 rakaat di bulan Ramadhon tetapi setiap hari,jadi dia cuba mengikut sunnah nabi saw dengan melakukan solat tahajud sebanyak 11 rakaat setiap hari hatta kalau ada perlawanan bolasepak di tv pun pakcik akan solat tahajjud selepas menyaksikan perlawanan bolasepak.(Memang pakcik ni nampak muda berbanding umurnya)Yang jadi bersilat tu pun sekiranya ada orang menepuknya dengan tiba-tiba dari belakang,tetapi pakcik tu masih boleh mengawal tindakannya. Dia tak pukul terus tetapi melihat dulu apa sebenarnya si penepuk tadi buat. Jika dia nampak dulu orang tu nak tepuk maka tak jadi silat.Pelik!!pelik!

Pakcik mengakui dia pernah mengikut satu jemaah dakwah dan dia sangat menghargai quran dan sunnah.(Faham sunnah rupanya pakcik ni)Sekarang kurang best sikit tempatnya kerana ulama seperti Dr Haron Din dan Ust Ismail Kamus telah dilarang datang berdakwah dan buat kuliah.Pakcik tu menyambung yang dia menangis tu kerana ada ayat quran yang mengatakan orang-orang beriman apabila dibacakan quran dia akan sujud sambil menangis( di dlm surah Isra dan dalam surah al Maryam) Jadi tak salahlah dia menangis.Walaupun pakcik tak faham?Ya! Tapi dia dapat rasa kesan ayat terutamanya bila imam yang tertentu membacanya.
Jadi mungkin dengan Pakcik selalu tahajjud maka hati pakcik dapat rasa kesan ayat tu . Tentang silat tu bagaimana? Pakcik bila ada masalah selalu bersolat hajat mohon kepada Allah sahaja.Boleh jadi ini juga pertolongan Allah dalam bentuk silat.Kan silat ni semua dalam ilmu Allah,boleh sahaja Allah memberi pertolongan dengan cara macam tu.(Lojik juga )

Akhirnya anaknya kembali dari kedai membawa tiga beg ais . Saya cakap jika tiada kesan mandi ais maknanya pakcik tiada apa-apa.Saya membuat persediaan mandi dan suruh anaknya jiruskan ,tetapi dia tak mahu (takut kot) Saya jirus pakcik tu memang dia kesejukan tak seperti kes jin-jin silat sebelum ni.Akhirnya saya memanggil anak dan ibunya memberitahu bahawa pakcik ni tidak ada jin dan segala yang berlaku mungkin adalah pertolongan Allah kepada orang yang beriman kerana Allah boleh menolong dengan berbagai cara.