Pembaca Setia

Rabu, 7 April 2010














MENUKAR UMAT YANG MUNDUR KEPADA UMAT YANG MAJU DAN KUAT


Pada masa Imam Ghazali masih hidup,kekuasaan umat Islam berada pada puncak tertinggi.Sekolah-sekolah penuh dengan ulama dan para pelajar,dan kemajuan yang pesat dicapai dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan.Sungguhpun demikian Alghazali masih tidak berpuashati.Pada anggapannya daawah masih perlu dijalankan dikalangan umat Islam.kata beliau :

"Kalau seseorang tidak menyedari perbuatan2nya yang salah,maka tugas orang yang mengetahui pula menunjukkan kesalahan itu kepadanya.Oleh itu tiap2 tempat samada kampung,bandar ataupun masjid hendaklah DIAWASI oleh seorang yang alim.Dia hendaklah menerangkan kepada orang2 di situ perbezaan diantara perbuatan2 yang baik yang diredai oleh Allah dan perbuatan2 jahat yang menerima kutukanNya.Untuk berbuat demikian janganlah hendaknya ia menunggu orang datang mencarinya.Sebaliknya dia@lah yang patut pergi mencari mereka untuk menyampaikan ajarannya.Ingatlah bahawa ulama menjadi waris para Nabi.Janganlah hendaknya mereka tinggalkan umat daalam keadaan jahil.Pada mulanya hendaklah dia melawat dari rumah ke rumah untuk menjalankan tugasnya.Orang yang mengidap penyakit jiwa jarang menyedari yang ianya mengidap penyakit itu.Tiap2 kerajaan dan Yayasan Islam hendaklah memikul tanggungjawab menghantar rombongan alimulama ke segenap pelosok negeri untuk menjalankan daawah dikalangan orang ramai.Manusia dilahirkan dalam keadaan jahil dan hendaklah diberi ajaran mengenai dasar2 agama Islam."
"Dunia ini penuh dengan orang2 yang berpenyakit.Di dalam tanah terdapat mereka yang telah mati,tetapi di atas muka bumi terdapat mereka yang berpenyakit.Diantara mereka ini pula yang berpenyakit jiwalah yaang lebih ramai.AlGhazali berasa terkejut dan sedih apabila ia dapati kejahilan dikalangan umat,samada yang di desa mahupun di kota.Dia telah menulis dengan tujuan hendak menyedarkan penduduk2 kota akan tanggungjawab mereka,katanya :

"Kejahilan ummat mengenai Islam sebegitu rupa sehingga penduduk2 kota pun tidak mengetahui tentang dasar2 solat.Kalau keadaan penduduk2 kota sedemikian rupa,bayangkan keadaan penduduk2 desa seperti puak Kurd, Tukkoman dan sebagainya.Tidak ada manusia yang dilahirkan pandai.Dia terpaksa menuntut ilmu dari orang lain."(dipetik dari kitab Fadhail Amal karya Maulana Muhammad Zakaria Kandahlawi)

Tujuan saya mengutip petikan ini bukanlah untuk mengajak kita memasuki jemaah berkenaan tetapi mengajak berfikir tentang realiti semasa dan cuba mengubahnya daripada mengharapkan
masyarakat berubah sendiri atau menunggu kemenangan pilihanraya. Memang kemenangan pilihanraya banyak membantu tetapi adakah itu bermakna dakwah tidak perlu dijalankan? Selagi dunia belum kiamat dan selagi syaitan dan kuncu-kuncunya masih ada maka selagi itulah dakwah perlu diteruskan. Ini tidak bermakna ustaz-ustaz/ulama tidak menjalankan dakwah tetapi saya berpendapat dengan masa,kekuatan ekonomi dan peluang yang ada maka ulama-ulama perlu melatih kader-kader dakwah samada yang direct menceburkan diri dalam politik atau yang hanya mendakwah tentang ibadah yang soheh.Terlampau ramai sasaran yang perlu didakwah tetapi terlalu sedikit pendakwah.

Apa buktinya?Kan dah banyak ruang dakwah baru,tv,internet,radio, hp dll.Benar ini semua adalah metod masa kini yang ada sumbangan yang besar kepada perkembangan dakwah
tetapi perlu diingat ia adalah salah satu kaedah sahaja.Kaedah dakwah yang pertama adalah pergi jumpa dan sampaikan.Lihat tafsir surah Almudathir ayat 1-7,di mana Rasul saw disuruh pergi sampaikan sendiri tanpa melalui surat lagi atau lain-lain metod. Dengan kaedah ini memang ada kesukaran dan tentangan tetapi ia akan menghasilkan pengikut yang setia,kuat berpegang kepada agama,sangat kuat berkasihsayang dalam iman dan dapat mencontohi pemimpinnya secara langsung.

Panjang sangat cerita ,macamana nak mula?

1)Memperbanyakkan ceramah tentang dakwah dan kaedahnya di masjid dan surau. Setakat ini dalam pemerhatian saya yang baru berpindah ke sini hanya ada satu kali ceramah tentang dakwah di surau berhampiran dalam tempoh enam bulan . Tajuknya BAGAIMANA KAEDAH RASULULLAH BERDIALOG DENGAN PUAK NASRANI(LEBIH KURANG MCM TU) Penceramah adalah seorang ustaz yang aktif berdialog dan berhujah dengan orang kristian .Bila habis ceramah beliau bertanya ada soalan ,tiada seorang pun tanya dan masing-masing pendengar menunjukkan sikap tidak beria atau bersemangat nak ambil tahu semasa ceramah dan selepasnya. Ceramah cara nak dakwah,hujah atau baiki orang Islam rasanya saya tidak pernah dengar kecuali ceramah tentang huraian ilmu atau kitab sahaja.Kalau di bandar yang ramai ulama pun macam ni, berapa banyakkah ceramah macam ni di kg2? Tak penting ke ceramah cara dakwah ni?

2)Masjid/surau menubuhkan unit dakwah yang membuat pemantauan dan dakwah kepada qariah setempat.Mereka akan pergi ke rumah atau berjumpa dengan ahli qariah setempat berdasarkan laporan keluarga atau pemerhatian sendiri untuk berdakwah.Jenguk-jenguklah rumah orang yang tak pernah datang jemaah atau merajuk,mudah-mudahan mereka sejuk sikit hati,tak gitu!(Ini orang surau buat program sendiri aje lepas tu pandang semacam kat kami yang tak datang surau - ni kata-kata orang tak datang surau)Golongan ini boleh dilatih dan adalah lebih baik mereka tidak aktif sangat dalam pertubuhan lain dan suka berdakwah.(Seronok buat dakwah ni sebab saya tak pandai busines dan politik)

CUBA BAYANGKAN SETIAP ORANG ISLAM (BUKAN UST/ULAMA)MEMPELAJARI KAEDAH DAKWAH DAN BERJAYA MENGISLAMKAN SEORANG SAHAJA BUKAN ISLAM ATAU MEMBETULKAN KEFAHAMAN DAN AKIDAH SEORANG SAHAJA ORANG ISLAM TERHADAP AGAMANYA DALAM SEUMUR HIDUPNYA -maknanya one to one apa dah jadi sepatutnya sekarang.