Pembaca Setia

Selasa, 6 April 2010













MENCINTAI RASULULLAH SAW SEPENUH HATI
(BHGN1)

Asslamualaikum wrhmtlwbrkth.Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,memandang ke belakang hari-hari yang telah kita lalui maka dapat dinilai kualiti diri kita selama ini,sebanyak mana kita telah mencontohi Rasul saw yang kita cintai sepenuh hati,kemudian kita memperbandingkan diri kita dengan sahabat-sahabat Nabi saw yang juga mencintai Rasulullah saw sepenuh hati maka kita akan dapati beberapa perbezaan yang ketara dengan diri kita yang mendakwa mencintai Rasulullah saw dari segi amalan,kefahaman ,cara bertindak dan berfikir.

Adalah tidak keterlaluan kalau dikatakan mungkin kita hanya mempunyai 0.01% atau kurang lagi dari kualiti-kualiti diri para sahabat Rasul saw!!!

Jadi bagaimanakah cara sebenar mencintai Rasul Saw? Bagaimanakah sifat-sifat zahir dan batin orang yang mencintai Rasul saw ?Bagaimana akhlaknya dengan manusia,keluarganya dan dengan dirinya sendiri? Bagaimana sikapnya terhadap dunia,harta ,akhirat,kematian ,musuh,syaitan dll.

Di sini saya cuba senaraikan sifat-sifat yang perlu ada bagi orang-orang yang mencintai Rasul saw sepenuh hati mengikut kajian saya sendiri (bagi orang awam seperti saya dll):

1)Mengambil berat tentang quran dan hadis terutamanya hadis soheh.Cuba menghayati bacaan quran dan maknanya secara adil setiap hari dan mendengar dan membaca hadis setiap hari sekadar kemampuan.
Mengambil berat terhadap hadis yang didengari dan merasakan ia sangat penting kepada dirinya melebihi segala-galanya.Sanggup meluangkan masa mengkaji hadis yang didengari ,berbincang dan cuba amalkan. Merasa keagungan hadis yang didengarnya dan berkata inilah perintah Rasul saw yang mulia yang aku akan junjung diatas kepalaku melebihi perkataan lain.(Saya merasakan sangat sukar melakukan perkara ini sendirian)

(Sedangkan para sahabat lebih mengutamakan perkataan Rasul saw dari selainnya.Mereka mengetahui betapa pentingnya dan berharganya setiap perkataan yang keluar dari mulut Rasul saw iaitu yang dinamakan hikmah.Mereka berlumba-lumba untuk mengamalkannya.Yang susah dan mudahnya tetap mereka kerjakan dengan taraf ketaatan yang tinggi.)

2) Menanamkan perasaan cinta kepada Allah dan Rasul saw dengan sedar sehingga memenuhi hati dan melimpah ruah sehingga tiada masa untuk mencintai selain keduanya dan memenuhkan masa untuk mengamalkan perintah-perintah keduanya.Banyak ayat quran menunjukkan untuk sampai kepada cinta yang sejati dan ketaatan kepada Allah mestilah mengikuti dan taat sepenuhnya kepada Rasul saw-rujuk ali Imran ayat 31,32 an Nisa' ayat 80 dll.

Membahagiakan diri di semua masa yang dipenuhi dengan melaksanakan semua perintah Allah dan Rasul saw sedaya upaya.

3)Kecintaan kepada Allah dan RasulNya menyebabkannya mencintai semua yang berkaitan dengan keduanya ibadah,syariatnya,hukum-hakam,makhluknya,semua kandungan quran dan hadis.Jangan lupa pula menyokong dan membantu ulama setempat yang terlibat dalam politik Islam.Kita diakhir zaman ni kena saling bantu-membantu.

4)Suka berkumpul dan berkawan dengan orang/ulama yang mencintai/mengajar hadis, dan cuba untuk mengamalkannya dan menyebarkan hadis sebagai ketaatan kepada perintah Rasul
saw

5)Melakukan dua langkah dakwah selain supaya kembali kepada sunnah , juga ada kesedaran yang di dalam masyarakat kita ada lagi orang yang tidak mengerti perkara -perkara fardu/ibadah(disebabkan penjajahan mental).Jadi dia juga melakukan dakwah supaya Umat Islam kembali kepada agamanya seterusnya kembali kepada sunnah

NOTA: Semua ini adalah konsep asasnya sahaja,tidak bermakna saya telah berjaya mencapainya tetapi inilah yang ingin saya capai dan saya tahu perjalanannya sangat jauh lagi