Pembaca Setia

Ahad, 18 April 2010

Mencari Pengalaman Dakwah



Assalamualaikum.Malam tadi 21.08.09 saya telah diberi peluang oleh Allah untuk menjalankan secuil kerja dakwah.Pada mulanya saya menghantar tiket yang dipesan oleh abang ipar yang ingin pulang ke KL dari Kelantan.Tiket dari Kota Bharu ke KL telah habis,jadi abang ipar saya naik bas K Bharu-Kuantan, kemudian Kuantan -KL. Abang ipar menunggu di Terminal Bas Kuantan.Setelah menghantar tiket saya pulang ke rumah menaiki motorsikal bersama anak kedua.
Didalam perjalanan singgah sebentar di sebuah kedai untuk minum.Di meja hadapan kami di kedai itu ada 3 orang pemuda berpakaian rock’ dan 2orang pemudinya yang memakai seluar sekerat lutut dan kelihatan seluar dalam jika dipandang dari belakang sedang minum.Hati saya terharu memandang keadaan mereka.Kalau di Kuala Lumpur tidaklah terasa berat sangat tanggung jawab dakwah kerana bukan negeri sendiri.Tetapi di Pahang berhadapan dengan anak negeri sendiri yang tersalah memilih haluan.......Saya membaca doa dari surah Thoha berulang kali dan memohon agar Allah memberi ilham untuk mendakwah mereka . Walaupun begitu masih terasa berat dan takut.Selesai minum saya bersama anak pergi ke motosikal,tak jadi nak dakwah.Oleh kerana hujan masih renyai2 saya tidak segera pulang.Jam sudah lebih 1 pagi.Saya masih dalam pertentangan dengan diri sendiri,berani atau tidak.Tengok anak2 muda tadi masih minum.Dalam keadaan saya berperang dengan diri sendiri anak2 muda tadi telah selesai makan dan membayar harganya. Terus mereka berlalu dengan cepatnya.Saya rasa menyesal juga kerana lambat bertindak.
Tidak lama kemudian itu datang pula 2 pemuda lain dengan menaiki kereta bersama seorang pemudi yang tidak memakai tudung.Mereka pun duduk dan memesan makanan.Sambil mereka menunggu makanan saya membaca doa dan terus meminta izin untuk bercakap seminit sahaja.Tak dapat rotan akar pun berguna.Yang ini tidaklah 'brutal' sangat macam kumpulan tadi. Apabila diberi peluang saya terus memberitahu tujuan saya bercakap bukan untuk mengajar atau menasihati tetapi untuk membawa berita gembira .Sesiapa yang berkata LailahaillAllah mereka akan berjaya.Sesiapa yang beramal soleh dan mengikut Rasulullah akan dimasukkan ke syurga Firdaus.Syurga yang sangat cantik.Dll lagi.
Cukup seminit saya minta diri dan terus beredar.Dalam perjalanan pulang fikiran saya rasa lega dan lapang sekali.Agaknya walau kita berdakwah sepatah perkataan pun kalau ikhlas kerana Allah dan simpati terhadap sesama muslim tetap di dalam pandangan Allah dan rahmatNya.