Pembaca Setia

Khamis, 1 April 2010





















KAEDAH YANG BETUL MANDIKAN AIS KEPADA PESAKIT GANGGUAN JIN

1) Kedah mandian ais yang saya jalankan selalunya saya akan suruh pesakit sendiri mandi dirumah masing-masing.Bahan-bahannya ialah 1/2 baldi air paip dicampur secawan air ruqyah,sekilo ais dan perahan 3 biji limau nipis.

2) Bagi pesakit yang kritikal dan gangguan jin yang sangat kuat,anda perlu dimandikan oleh rakan atau ahli keluarga anda,ini kerana dikhuatiri pengsan semasa proses tersebut.Bagi pesakit yang tidak kritikal,anda boleh lakukannya sendiri.Sekiranya tidak sanggup maka anda boleh datang dan dimandikan di pusat rawatan oleh keluarga terutamanya kes menghampiri gila.

3) Bagi kes gangguan yang kuat,selalunya pesakit akan menangis,meronta dan memarahi sesiapa yang sedang memandikannya.Si tukang jirus perlu tabah dan teruskan proses mandian ais walaupun anda cuba dihalang oleh pesakit.

4) Pastikan ais telah cair barulah boleh dimulakan mandian ais.

5) Lakukan mandian pada waktu asar keatas.

6) Jirus air sedikit demi sedikit pada ubun-ubun pesakit,lagi lama proses jirusan air ais tersebut,maka makin terseksa jin pengganggu dalam badan tersebut.Dilarang melakukan mandian ais dengan cepat dan terburu-buru.

7) Selepas tamat mandian ais,pesakit dilarang mengelap badan dengan tuala,biarkan saki baki air pada badan kering dengan sendirinya.

8) Jika pesakit merasa kesejukan semasa mandian ais,bermakna gangguan jin dalam badan tu sudah berkurangan.

9) Jika sebaliknya,dimana pesakit kepanasan pada bahagian tertentu semasa mandian ais,bermakna masih ada lagi saki baki gangguan jin pada badan anda.Teruskan mandian ais selama 7 hari berturut-turut.

10)Jika masih ada simptom gangguan maka perlu jumpa perawat lagi.Memang ada kes yang memakan masa bertahun-tahun sama seperti kes penyakit fizikal yang dirawat di hospital.