Pembaca Setia

Sabtu, 3 April 2010













HUKUM WANITA YANG MENGUBAH BULU KENINGNYA


Menurut Abu Daud:
Al-Namshah ialah wanita yang mengukir bulu kening sehingga menipiskannya. (Pendapat ini adalah pendapat yang paling tepat.)

Menurut Al-Khitabi:
Asalnya daripada kata al-Namsh yangbererti mencabut bulu daripada wajah dengan minshah (pencabut bulu) atau mencabut bulu kening.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W:

"Allah melaknat para wanita mentatoo dan para wanita yang minta dibuat tatoo, para wanita yang mencabut bulu kening dan para wanita yang minta dicabutkan bulu keningnya, para wanita yang minta diratakan giginya, dan para wanita yang mengubah-ubah ciptaan Allah S.W.T" (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud & Abdullah Mas'ud Radiyallahu Anhu)

Huraian & Kesimpulan

Wanita yang menipiskan bulu kening atau mengukir dengan menipiskannya, mencabut sebahagian atau seluruhnya, bererti telah mengubahnya, wanita ini dilaknat dengan perantara lisan Nabi Muhammad S.A.W, kerana bererti ia tidak mengendahkan apa yang dilarang Allah Ta'ala dan Rasulnya.

Maksudnya, hendaklah menjauhi perbuatan ini yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla dan Rasulnya Nabi Muhammad S.A.W, agar setiap wanita dapat selamat daripada balasannya dan tidak dijauhkan daripada rahmat Allah S.W.T.

Wanita Yang Meminta Direka Bulu Kening

Iaitu wanita yang meminta untuk dicabutkan bulu keningnya dengan rela pencabutannya ini, sementara ia tahu bahawa perbuatannya ini diharamkan dan dilarang oleh hukum syarak.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W:

"Allah melaknat para wanita mentatoo dan para wanita yang minta dibuat tatoo, para wanita yang mencabut bulu kening dan para wanita yang minta dicabutkan bulu keningnya, para wanita yang minta diratakan giginya, dan para wanita yang mengubah-ubah ciptaan Allah S.W.T" (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud & Abdullah Mas'ud Radiyallahu Anhu)

Kemudian seorang wanita bertanya kepada nya tentang kebenaran itu, Abdullah menjawab:

"Mengapa aku tidak melaknat orang yang dilaknat oleh Rasulullah, padahal disebutkan dalam Kitabullah:"


Ertinya:
"dan apa jua perintah Yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka Terimalah serta amalkan, dan apa jua Yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya." (Surah Al-Hasyr : 7)

Huraian & Kesimpulan

Allah S.W.T melaknat wanita yang diminta dicabut bulu kening pada wajahnya dan menipiskan bulu keningnya dengan alat penyepit (alat pencabut bulu), sebab tidak diperbolehkan bagi wanita untuk mengubah sesuatupun daripada ciptaan Allah S.W.T. Maka menjauhi perkara ini adalah WAJIB , dan dengan menjauhinya bererti selamat serta memperoleh ganjaran kerana mentaati Allah Azza Wa Jalla bererti mentaati Rasul-Nya S.A.W.
Kaedah Islam untuk mencantikkan wajah adalah kerap melakukan solat tahajud,kekalkan wuduk dan rajin baca quran dengan melihat mashaf untuk ketajaman mata