Pembaca Setia

Jumaat, 9 April 2010











HUKUM MENELEK DALAM MERAWAT


Tujuan telek diharamkan ialah untuk mengelakkan kita dari meminta maklumat dari jin yang besar kemungkinan mencampurkan fitnah/dusta dalam maklumat itu.

Bagi pesakit atau perawat,harus diingat selepas amalan telek tersebut,segala amalan mereka tidak diterima selama 40 hari.Daripada Sofiyyah (isteri Ibnu Umar) daripada se­bahagian isteri isteri Nabi s.a.w. bahawasanya baginda s.a.w. bersabda: Sesiapa yang datang kepada peramal/tu­kang tilik lalu dia bertanya sesuatu kepadanya dan mem­percayainya maka tidak akan diterima solatnya selama 40 malam (Hadis riwayat Muslim)
Slide 15


Dari Aisyah Radhiallaahuanha, ia mengatakan, "Orang-orang bertanya kepada Nabi SAW tentang dukun, maka beliau bersabda, "Mereka itu tidak tidak boleh dijadikan pegangan." Mereka mengatakan, "Wahai Rasulullah, mereka menceritakan kepada kami, kadangkala menceritakan suatu yang benar." Rasulullah SAW menjawab..

تِلْكَ الْكَلِمَةُ مِنَ اْلحَقِّ يَخْطَفُهَا اْلجِنِّيُّ فَيُقَرْقِرُهَا فيِ أُذُنِ وَلِيِّهِ فَيَخْلِطُوْنَ فِيْهِ أَكْثَرَ مِنْ مِائَةِ كَذْبَةٍ

"Itulah kata-kata kebenaran yang dicuri oleh jin lalu ia membisikkannya di telinga peneleknya,lalu mereka mencampur di dalamnya lebih dari seratus kedustaan"

(HR. Al-Bukhari).