Pembaca Setia

Khamis, 8 April 2010











FIKIR-FIKIRKAN
DENGAN TENANG

Oleh kerana zaman sekarang perlu bukti dan dalil maka dikali ini saya ingin memaparkan beberapa pengalaman dakwah yang saya lakukan secara lone-ranger sahaja dan tidak profesional tetapi ada juga menghasilkan kejayaan. Kaedah dakwah pun saya ubah suai sendiri mengingatkan bahaya tidak berdakwah adalah lebih teruk dari berdakwah dengan teknik yang silap. Takkan kita nak biarkan orang tak solat lalu depan mata hari-hari sambil buat-buat tak nampak@tak wujud!!

Kes 1

Berdakwah di rumah sewa pekerja kontrak Indonesia

Rumah mereka di depan rumah sewa saya.Agak ramai juga yang menetap di dalam sebuah rumah.Saya dah dua tiga kali nak pergi tapi tak jadi.Semangat turun naik.Suatu malam dapat juga saya beranikan diri pergi .Pada masa tu ada dua orang pekerja yang berehat di luar rumah .Senang sikit,kalau ramai susah juga nak cakap takut ada pembangkang nanti jadi lain pula.Jadi selepas memberikan salam dan menegur mereka mulalah saya ajak dua orang ni bercerita sedikit pasal kehidupan kerja diaorang. Lepas tu ada peluang saya masuklah sedikit tentang cari rezeki boleh tapi jangan sampai lupa ibadah,barulah macam agak tersipu-sipu sikit diorang.Pada masa tu salah seorang dari mereka masih sibuk main game dalam hp.Bila terkena macam tu barulah diorang mengaku diaorang bukan tak tahu sebab diaorang ni dah belajar di pesantren.Saya kata saya bukan nak mengajar cuma nak mengingatkan (takut terlupa sebab sibuk dengan kerja sampai tak sembahyang jumaat-ini realiti cuma saya tak cakap)
Diaorang pun mengakui memang saya bukan nak mengajar tapi cuma mengingatkan dan berterimakasih.Saya pun minta diri,(jangan cakap banyak-banyak takut salah)

Kejayaan: Dengan dakwah kita dapat mengingatkan orang yang berilmu akan kelalaiannya disebabkan dunia.

Pengalaman 2

Berdakwah di pasar malam

Sasaran adalah sekumpulan pemuda Indonesia,7 hingga 8 orang sedang makan buah di pinggir jalan berhampiran pasar malam.Diaorang tak solat berjemaah di surau(tetapi kalau pekerja kontrak dari Pakistan atau Bangladesh nampak lebih rajin berjemaah)

Masa sejurus selepas solat isya di surau

Pemuda-pemuda ini telah membeli buah-buahan di pasar mlm dan duduk dalam lingkaran bulat
Saya mencelah ketika mereka sedang mula untuk makan buah dengan meminta izin untuk bercakap selama 5 minit.Mereka tak jadi nak terus makan,beri peluang saya bercakap.Saya dengan pantasnya terus bercerita tentang balasan baik Allah kepada orang beriman beramal soleh dan juga syurga firdaus,gelabah juga beb,ganggu program orang. Seminit je saya cakap setelah selesai minta diri.Tak tahu dia orang faham ke tak faham

Kejayaan: Rupanya boleh berdakwah di pasar malam.Ingat tak boleh,diaorang tak pukul pun aku.Takpelah lain kali perbaiki kaedah