Pembaca Setia

Khamis, 1 April 2010









CADANGAN RAWATAN KES-KES KRONIK

1)Pesakit tidak mampu bangun oleh kerana gangguan,sihir,saka,susuk atau ilmu salah- panggil perawat datang ke rumah.Sediakan limau purut tujuh biji dan air yang banyak untuk di ruqyah. Pesakit disarankan minum air ruqyah sahaja,disamping itu minum madu atau makan kurma jika tidak memudhoratkan.Minyak zaitun virgin oil dan minyak habbatussauda sekiranya ada adalah amat membantu proses rawatan

2)Pesakit ganas,gila atau hampir gila kerana ilmu salah, saka atau tersampuk -adalah lebih baik pesakit diikat/dipasung.Lakukan mandian setiap hari sambil memasang cd surah al quran yang disyorkan untuk rawatan orang gila.

3)Pesakit sihat tetapi disyaki disihir kerana terlampau patuh kepada suami atau isteri(sihir penunduk atau nasi tangas).Pesakit perlu dipujuk dengan lemah lembut untuk mendapatkan rawatan sambil membaca surah TOHA ayat 1-5.Kebiasaannya pesakit jenis ini paling sukar untuk dirawat kerana dia tidak mahu makan makanan atau minum air di rumah keluarga sendiri kerana disyaki dicampurkan dengan air pembatal sihir.Adalah dicadangkan pihak keluarga yang bersimpati melakukan sembahyang hajat dan menjemput perawat datang tanpa diketahui oleh pesakit.

4)Pesakit samada suami atau isteri ada mengamalkan ilmu salah,sayang kepada ilmunya dan tidak merasa bersalah apalagi mahu membuang ilmunya,disarankan hadiah kepadanya kitab rawatan islam atau buku-buku yang menerangkan tentang syirik dan bahayanya.Sambil itu dakwah secara berhikmah adalah sangat diperlukan .Bagi yang tidak mahir berdakwah perlulah belajar kaedah yang betul menegur kerana mencampurkan emosi dalam masalah sebegini biasanya tidak menghasilkan kesan yang baik disamping doa yang berterusan agar mereka insaf.