Pembaca Setia

Ahad, 11 April 2010







BELAJAR DAKWAH LAGI-Berdakwah di bus stop
Sasaran seorang pelajar tingkatan empat sedang menunggu bas
Masa waktu pagi sekitar 6.30 pagi/Masa baru kes H1N1 berlaku tahun lepas

Pelajar itu lebih dahulu berada di perhentian bas berhampiran rumah saya di Pahang.Saya mula mengajak bersembang dengan baik. Saya bertanya namanya, lorong kediaman dan sekolah dimana,kemudian saya terus mengaitkan kes H1n1 dengan kemungkaran manusia kepada Allah.Menceritakan manusia terhutang budi kepada Allah seperti bumi yang dipijak milik Allah,angin yang disedut milik Allah ,matahari yang menerangi untuk bekerja juga milik Allah.Manusia bila dapat ni'mat lupa Allah yang memberikan ni'mat. Disangkanya dia dapat ni'mat itu kerana dia bekerja-rumah besar kereta dan sebagainya sedangkan sekiranya Allah tarik ni'mat seperti matahari manusia tidak akan mampu mencapai impiannya.Mengajak ke surau untuk solat berjemaah.Tidak lama kemudian bas sampai dan kami naik bas.

Adalah lebih baik bagi pelajar-pelajar ini ditubuhkan unit dakwah khas untuk melatih mereka berdakwah sesama pelajar.Pelajar biasanya terpengaruh dengan suasana lingkungan.Suasana dakwah sesama sendiri boleh mendatangkan self of proud kepada mereka sekiranya dibina dengan baik.

Kita kena menganggap mereka ini sama keperluan dengan orang dewasa kepada peringatan yang baik dengan cara lemah lembut dan berhikmah kerana Islam sendiri menganggap mereka telah dewasa/baligh.Tidak wujud istilah remaja atau pemuda yang membayangkan mereka masih anak-anak kecil yang perlu diperhatikan seperti budak sekolah rendah sedangkan mereka sebenarnya bertanggungjawab terhadap diri sendiri dunia dan akhirat sama.

Jika kita benar-benar menyayangi mereka maka keraplah buat solat hajat untuk kebaikan akhlak mereka dan lebih kerap melakukan dakwah kepada mereka secara direct kerana mereka sedang mencari idola untuk diikuti.Jadilah contoh mukmin yang baik kepada mereka ,saya dan anda semua