Pembaca Setia

Isnin, 12 April 2010











Antara amalan-amalan untuk membawa pulang individu yang hilang:-

1. Membaca surah al-Fatihah 11x dengan setiap surah dalam satu nafas tiap-tiap lepas solat.

Pada ayat keempat yang bermaksud: Hanya Engkau Tuhan aku sembah dan hanya Engkaulah Tuhan yang aku minta pertolongan, terus berdoa dalam hati agar pulangkan anak.

2. Amalkan membaca 40x surah al-Ikhlas sehari dengan setiap surah senafas. Pada ayat kedua: “Hanya Allah tempat meminta” terus lintaskan dalam hati nama anak yang hilang tu.

3. Amalkan solat hajat setiap tengah malam dengan istiqomah.

4. Baca surah Toha dari ayat satu hingga enam 11x tiap-tiap lepas solat niatkan supaya anak pulang kepangkuan dengan istiqomah.

5.Hendaklah bertawakkal dan berharap kepada Allah dengan sepenuh hati