Pembaca Setia

Isnin, 5 April 2010




















ALAHAI..BERUNTUNGNYA MENJADI SEORANG ISTERI


Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isterimereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhiratkelak.
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka dan didiklah mereka menjadi wanita solehah…..

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan… sebagai pengeluar ‘ manusia yang akan menjadi khalifah Allah di bumiNya dan bakal menghuni syurgaNya di akhirat nanti.

Tiap-tiap bulan diberi cuti bergaji penuh… 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Dapat pahala tanpa berbuat sesuatu adalah anugerah yang besar dari Allah memandangkan pengorbanannya dan persediaan untuk menyambung keturunan manusia.

Cuti bersalin juga 40 sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.Jika meninggal dunia ketika melahirkan dianggap mati syahid. Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak melahirkan anak?Lahirkan anak seramai-ramainya dan didik anak supaya takut dan cinta kepada Allah.Lahirkan umat yang ramai dan mempunyai kekuatan iman yang kental,cinta Allah dan Rasul saw melebihi segala-galanya di dalam ilmu dan amal.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya berdakwah,berjihad ,solat jemaah dll, tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dengan sempurna dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala lelaki untuk mengatasinya,juga bukan dari tapak kaki untuk ditindas.Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki),dicipta di bawah lengan lelaki untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi dalam perjalanan bersama menuju cinta Allah.

Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor from his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him.