Pembaca Setia

Sabtu, 3 April 2010










15 RAHSIA WANITA YANG ANDA PERLU TAHU


1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak
menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.(kesedihan itu hanya sementara ,kesedihan akhirat nanti keluar air mata darah pun dah tak berguna lagi)

2. Bila dia tidak menghiraukan anda selepas anda menyakiti hatinya,
lebih baik anda beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum
anda menegur dengan ucapan maaf.(Lebih baik kamu pergi belajar bagaimana nak dakwah seorang melayu yang lalai supaya solat 5 waktu dalam tempoh 3 tahun)

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling
dia sayang ,sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan(sebab tu rajinlah baca quran dan maknanya supaya tumbuh akal agamamu bukan hanya cinta makhluk yang akan berpisah darimu lambat dan cepat).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki
itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar
dengan lelaki lain.(tanda lemah iman sebab kurang zikrullah)

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,
dia akan cair seperti coklat!!(lihat dulu tafsir surah anNUR ayat 31-tundukkan pandangan kalau kamu mukminah sejati)

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak
menerima pujian.(jadi terangkat sebab itu kembalikan pujian itu kepada pemilikNya)

7. Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati,
tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat
dalam diri wanita yang anda tak akan tahu kerana bila
dia dah buat keputusan dia akan lakukan apa saja.(mungkin dia akan timbulkan apa yang dinamakan fitnah wanita)

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri dari anda selepas anda
tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya anda masih ingin
menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.(Bercintalah setelah kahwin anda akan dapat dua lagi cinta tambahan iaitu cinta dari Allah dan RasulNya)

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.(Juga luahan perasaan kepada rakan wanita dan suami-elakkan luah kepada teman lelakimu yang biasanya akan menceraikan kamu bila dah kahwin)

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak
berguna.(Lihatlah ibumu dan nenekmu sebelum berkata)

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.(Terlampau gembira mengurangkan kehormatan dari mereka seolah -olah kamu buaya darat )

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan
bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja
ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh
minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.(Tanda perempuan tidak matang dan tidak tahu perjuangan hidup)

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan
senyum sebarangan.(Senyum itu jadi musuh mu di akhirat nanti,senyumlah kepada yang tidak menimbulkan fitnah bagimu-lelaki muslim,nenek2 dsbgnya)

14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan
persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.(Bersahabatlah dengan ibumu dahulu dan tunaikan hak-haknya)

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali anda ajak
berjumpa, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan anda.(Jumpalah bapanya untuk meminang ,mungkin dia adalah wanita solehah)

NOTA: SEPERTI BIASA TULISAN CONDONG ULASAN SAYA