Pembaca Setia

Khamis, 22 April 2010







Nasib ibu tunggal

2010/01/31(oleh Mat Laga di petik dari Harian Metro)

SERANGAN tiga penjuru buat Mak Limah tak senang duduk. Ada ke patut Kinah, Rinah dan Jonah adik beradik kata Mak Limah simpan hantu polong kononnya nak bagi anaknya, Siah lulus cemerlang, gemilang, terbilang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) lalu.

“Mat, aku ni ibu tunggal. Setiap hari aku bagitau tiga-tiga anak aku, cuma pelajaran yang boleh ubah hidup diorang.


“Kalau aku bela hantu polong pun bukannya benda tu boleh tolong anak aku lulus cemerlang. Aku tak minta simpati Mat, cuma tolonglah jangan asyik sibuk hal keluarga aku je,” luah Mak Limah penuh sedih.


Mat masih tak faham kenapa tiga beradik tu asyik nak serang Mak Limah. Padahal, kalau ikutkan, jaga kat sekolah rendah tu bukannya ada apa-apa pun, dia tak kaya, tak berharta, mungkin sebab semua anaknya berjaya kot. Itu yang buat orang tak puas hati.


Semalam, Mat dapat berita sedih, Mak Limah dimasukkan hospital sebab muntah darah. “Teruk Mat, kesian aku tengok Mak Limah. Walaupun tak larat nak bercakap, dia masih sempat bagitau anak dia supaya belajar rajin-rajin.” “Budak-budak tu apa lagi, semua meraung. Simpati betul aku dengan dia, Mat,” kata Ismail Sasa dengan mata bergenang. Lain pulak ceritanya dengan Kinah, Rinah dan Jonah, semuanya bawak mulut kononnya Mak Limah jadi mangsa hantu polong sendiri sebab tak bagi makan kepala kambing.


Ramai simpati dengan Mak Limah, termasuk seorang ustaz ni. Hasil usaha dia, didapati Mak Limah terkena buatan orang. Ramai orang mula tuding jari pada tiga beradik busuk hati tu termasuk Ismail Sasa yang dah sibuk ke hulu ke hilir cari bomoh terganas kononnya nak kenakan balik diorang tu.


Kinah, Rinah dan Jonah pulak yang sekarang tak senang duduk. Ke mana diorang pergi, mesti ada yang jerit macam-macam perkataan keji. Lebih memburukkan keadaan, ada orang terjumpa barang perbomohan kat bangsal belakang rumah Jonah.


Dua hari kemudian, tiga beradik tu hilangkan diri. Dengar ceritanya diorang pindah rumah tengah malam kerana dah takut apabila barang perbomohan dijumpai penduduk.


“Aku tak tuduh sapa-sapa Mat. Syukur aku dah sembuh, yang penting sekarang ialah masa depan anak aku. Kalau diorang yang buat aku, aku maafkan, aku tak mau simpan dalam hati,” baiknya Mak Limah walaupun dah kena macam-macam dengan tiga beradik terbabit.

Semoga Mak Limah hidup bahagia dengan tiga anaknya.