Pembaca Setia

Khamis, 22 April 2010

Nak Dakwah Jumpa Betul





















Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Bapak-bapak,ibu-ibu, Saudara-saudari,abang-abang,kakak-kakak,adik-adik sekelian,kita masih membicarakan bab dakwah yang saya rasa sangat penting dan perlu lebih ramai yang terlibat iaitu dakwah turun padang.

Walaupun pernah disentuh oleh Datuk Ismail Kamus supaya masjid menubuhkan ajk dakwah bagi kariah masing-masing tetapi saya nampak keperluan dakwah ini perlu disegerakan samada dengan cara politik dan juga non-politik.Setelah menilai diri sendiri yang tidak berkelayakan dan sesuai untuk politik dan busines saya cuba memberi fokus kepada dakwah turun padang /on the street.

Saya mengambil iniasatif ini dari satu rencana di dalam Harakah yang pernah menyebut tentang dakwah 'part-time'. Setelah mencubanya saya dapati dakwah turun padang ini memiliki beberapa keistimewaan yang tidak didapati dengan kaedah lain selain kita dapat mengenal pasti masalah umat secara direct tidak melalui media dsbgnya. Jadi pada kesempatan ini saya cuba menyorot kepentingannya untuk kita nilai kesan negatif jika kita tidak buat dakwah turun padang

1)Pada suatu malam saya ingin membeli tiket Ktn-Kl di Terminal Bas Kuantan. Selepas parking motosikal ternampak sepasang anak muda sedang bercium di atas tangga dekat kedai betul-betul sebelah terminal depan orang ramai.Rasa menggelegak tengok tapi saya tak jadi dakwah kerana berseorangan dan tidak bersedia. Takkan saya nak tunggu mereka berzinah depan mata pula?Ataupun saya perlu tunggu menang pilihanraya dulu, jadi biarlah dia orang nak buat apa pun yang penting kita mesti jatuhkan kerajaan BN dulu.Depan mata,depan mata...

2)Orang Indonesia dekat rumah.Masa baru-baru sampai dulu taklah rock sangat,mungkin duit takde lagi.Lepas tu pulun kerja sampai tak sembahyang Jumaat. Lama-lama duit pun banyak boleh beli radio pasang kuat-kuat,beli hp leka dengan game,beli gitar krong-kreng waktu azan.Walaupun mereka orang Indonesia takkan saya nak tunggu sampai mereka betul-betul gila kemaruk dunia kemudian salahkan mereka dengan melabel memang orang Indonesia Yang datang Malaysia jahat-jahat

3)Budak-budak sekolah yang dah terlampau banyak kes ni takkan saya nak tunggu sampai mereka jadi gangster berpistol, bunuh sana rompak sini pula baru nak ambil tindakan

4)Orang dewasa yang tidak solat dan jauh dari agama takkan nak tunggu mereka insaf sendiri atau pergi Mekah pada umur tua yang sudah tidak produktif bagi pembangunan insan.Umur tunggu mati je,itu pun masih ramai yang jauh dari rumah Allah !

Atau golongan pura=pura beriman di bulan puasa dengan memenuhi masjid/surau, bulan lain hilang.Kita tengok diaorang ni macam iman main-main tapi pernah tak kita pergi tanya atau buat kajian terperinci dan beri penyelesaian.Bulan ramadan datang rumah Allah,bulan lain buat tak tahu je. Ada sesape yang tahu kenapa jadi begini berterusan setiap tahun macam iman musim durian,bermusim ?Kenapa korang tak cinta betul-betul Rumah Allah?Apa yang silap di sini?Apa yang betul-betul silap di sini?Tak boleh dibaiki ke?Atau tunggu menang pilihanraya?

5)Tengok pula orang bukan Islam,kiri, kanan depan ,belakang mereka berada di mana -mana. Takkan nak tunggu mereka makin teruk jadi macam zaman dahulu buat patung dari kurma,lepas tu sembah ,kemudian bila lapar dia makan tuhannya.

Jadi saya mestilah ambil inisiatif, dakwah mereka semua! Susahnya!Ramai tu, mampu ke kau buat sorang?Kalau pembaca blog ni tak nak tolong ,saya buat juga sekali-sekala.Jangan tak buat langsung nanti nak jawap depan Allah,sendiri mahu ingat, saudaramu,saudaramu.....,siapakah yang nak menarik tangan mereka supaya tidak jatuh kebawah lagi.Ada sape-sape minat dakwah dekat-dekat sini? Ada masa kita pergilah dua tiga orang,pakai baju biasa je.Jumpa seorang dua dakwah sikit-sikit ,pas tu baliklah, !Part-time je,sekali sekala