Pembaca Setia

Jumaat, 9 April 2010





















MOTIF SIHIR SANTAU

Umumnya tujuan utama santau dikenakan kepada mangsanya adalah seperti berikut :-

1) Untuk membalas dendam kerana sebab-sebab tertentu.Mungkin kerana perselisihan faham antara orang tertentu dengan mangsanya.Oleh sebab itu mangsa tersebut dibinasakan dengan perlahan-lahan sama ada supaya dia menderita berpanjangan yang berakhir dengan kematian,ataupun menemui ajalnya dalam jangka masa tertentu,seperti sebulan,dua bulan tanpa dapat dikesan puncanya.

2) Disebabkan hasad seseorang mungkin dikenakan santau.Mungkin kerana suaranya elok dan merdu ketika membaca al quran,atau menyanyi menyebabkan dia diminati oleh ramai gadis.Lahir daripada rasa cemburu dan dengki,pemilik suara yang merdu itu dirasakan perlu dibinasakan.Santau boleh menyebabkan dia menderita tidak bersuara.Akhirnya suara yang elok menjadi pecah dan tidak seperti suara asal.

3) Semata-mata kerana hendak menguji ketahanan batin seseorang.Seorang pendatang baru disatu tempat yang dirasakan mempunyai kedudukan,atau seseorang yang merawat pesakit secara tradisional mungkin akan mengalami dugaan seperti ini untuk menguji ketahanan batinnya.Dalam hubungan ini,permusuhan antara 2 pihak sebenarnya tidak ada.Mereka mungkin tidak pernah bertegur sapa atau berkenalan sebelum itu.Mungkin mereka hanya setakat pernah berjumpa sahaja.

4) Untuk menguji kekuatan santau yang dimiliki.Ini kadang-kadang dilakukan oleh mereka yang sama-sama mempunyai ilmu santau.

5) Membuang santau.Santau puja atau santau angin perlu dibuang pada masa-masa tertentu.Kalau tidak, santau yang didalam simpanan seseorang itu mungkin akan memakan tuannya atau keluarganya.Dalam keadaan yang seumpama ini,santau perlu dibuang tanpa niat mengenakan orang tertentu atau berpunca daripada permusuhan.Jari-jari yang dicelupkan sedikit dalam santau dijentikkan,mungkin boleh terkena kepada orang yang sedang makan atau minum dihadapan orang yang membuangnya tadi sekiranya angin bertiup kearah .Begitu juga pembuangan santau yang dilakukan dengan meletakkannya disapu tangan.Dalam keadaan ini,orang yang tidak berdosa dan tidak bermusuh dengan orang yang mempunyai santau mungkin menjadi mangsa termasuk kanak-kanak.

6) Mungkin ada orang yang membuat santau untuk mencari rezeki.Orang yang mempunyai santau akan mengenakan mangsanya sendiri tanpa diupah orang lain.Apabila hal ini terjadi orang yang berkenaan akan meminta ubat daripadanya.Bayaran dikenakan sebagai imbuhan rawatannya.

7) Ada orang yang mengenakan santau kepada mangsanya setelah menerima upah yang besar daripada orang lain.

8) Santau dimiliki untuk kepentingan diri dan keluarga.Pada zaman dahulu kekuatan ilmu batin yang dimiliki oleh seseorang menjadikannya ditakuti dan disegani oleh orang lain termasuk musuhnya.Ilmu batin tersebut termasuklah ilmu santau