Pembaca Setia

Khamis, 22 April 2010

Menjaga Lidah Yang tidak Bertulang


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam at Tarmiziy dan al Hakim yang disahkan sahih oleh keduanya bermaksud
"Berapa ramai manusia terhumban ke lembah neraka disebabkan kecelakaan lidah-lidah mereka."

Melihat kepada hadis ini saya rasa sayalah yang terkena tetapi saya memohon kasih sayang Allah agar mengampunkan saya kerana kejahilan saya dan kecuaian saya,janganlah hidup dan matikan saya dalam keadaan munafik tetapi hidup dan matikanlah saya sebagai mukmin sejati dan selamat dari hisab.

Saya menulis rencana ini untuk mengingatkan diri saya dan jika saya terlupa tolonglah ingatkan.

Ketahuilah! Sesungguhnya lidah merupakan alat paling besar yang digunakan oleh Syaitan untuk memperbudak manusia.Oleh itu menjaga tutur kata merupakan perisai yang paling besar untuk melawan kejahatan syaitan.Cara-cara untuk menjaga lidah :

1)Menjaga lidah dari bercakap perkara yang tidak perlu/mustahak

2)Menjaga lidah dari cakap berlebihan-jika boleh gunakan satu patah perkataan untuk mencapai maksud maka jangan gunakan lebih

3)Menjaga lidah dari terjerumus ke jurang kebatilan-
mula -mula cakap perkara yang baik,lama-lama tak sedar dah mengumpat orang.

4)Menjaga lidah dari berbantah-bantahan

5)Menjaga lidah dari bertengkar

6)Menjaga lidah dari bercakap besar dan omong kosong

7)Menjaga lidah dari bercakap keji dan mengeji(perkataan lucah dsbgnya)

8)Menjaga lidah dari mencerca-mencerca ibubapa orang lain seperti kesukaan pelajar sekolah,

9)Menjaga lidah dari melaknat-termasuk tidak melaknat diri sendiri

10)Menjaga lidah dari mencerca orang yang telah mati/mayat

11)Menjaga lidah dari melemparkan perkataan kafir kepada orang yang beriman

12)Menjaga lidah dari banyak bergurau senda

13)Menjaga lidah dari mengejek dan memperolok-olokkan-harus dilarang anak-anak yang bersekolah rendah/menengah supaya tidak jadi tabiat

14)Menjaga lidah dari memecah rahsia-rahsia peribadi,orang lain dan maslahah umat Islam,

15)Menjaga lidah dari bercakap bohong-ni part paling mencabar

16)Menjaga lidah dari mengumpat

17)Menjaga lidah dari menabur fitnah- yang ni biasanya hati tidak berapa takut pada Allah atau terlupa

18)Menjaga lidah dari jadi penghasut(lidah bercabang dua)

19)Menjaga lidah dari membicarakan apa yang berlaku antara anda dan isteri anda

20)Menjaga lidah dari bernyanyi-nyanyi-sudah tentulah lagu-lagu angau yang diharamkan

21)Menjaga lidah dari bersumpah lain dari nama Allah

22)Menjaga lidah dari bersumpah dengan ucapan pengakuan untuk keluar dari agama Islam

23)Menjaga lidah dari mencerca ayam jantan

24)Menjaga lidah dari mencerca ad Dahr( hari dan waktu)

25)Menjaga lidah dari mencerca angin

26)Menjaga lidah dari mencerca sakit demam panas

27)Menjaga lidah dari berdusta dalam penyaksian-saksi palsu

28)Menjaga lidah dari mengungkit-ungkit pemberian sedekah-

29)Menjaga lidah dari mencerca diri sendiri

30)Menjaga lidah dari pengakuan bohong- mengaku satu barang itu haknya padahal bukan

31)Menjaga lidah dari memuliakan orang-orang fasik,bidaah dan munafik(Kalau kena cara dakwah adakalanya mereka bertaubat)

32)Menjaga lidah terhadap perkataan 'DAN' yang boleh menyebabkan syirik

33)Menjaga lidah dari menyebutkan " Hujan ini disebabkan kedudukan cakerawala begini..."

34)Menjaga lidah dari memperlecehkan makanan

35)Menjaga lidah dari berbisik-bisik-terutamanya berbisik perkara yang menimbulkan permusuhan dan menentang Rasul/hadis saw

36)Menjaga lidah dari menyebut kehilangan hartabenda di dalam masjid

37)Menjaga lidah dari menyeru pertolongan kepada selain Allah-menyeru nama malaikat,jin dsbgnya

38)Menjaga lidah dari memohon pertolongan selain dari Allah

Nota: Terlampau banyak hadis tentang semua perkara di atas ini, bagi pembaca yang ingin kepastian sila rujuk kitab hadis atau Buku Perisai Kebal Untuk Menangkis Kejahatan Jin & Syaitan S. Wahid A. Salam Bali.Kebanyakan kesalahan lidah yang ditegur seperti tercatat di atas bukanlah kesalahan kecil bila dirujuk kepada hadis