Pembaca Setia

Jumaat, 9 April 2010










KENAPA SAYA DISIHIR ?

1) Ia sebagai satu dugaan buat kita untuk kifarah dosa kita yang lepas-lepas.(Tipuan dari syaitan menyebabkan kita selalu rasa tidak berdosa atau sedikit sangat dosa )

2) Allah SWT ingin memberi pahala yang banyak (tanpa hisab) kepada kita selagi kita bersabar dan redha.Sabar adalah separuh daripada iman,ramai orang boleh beramal dan berzikir,berpuasa sunat serta sebagainya,tapi tak ramai orang boleh bersabar dalam menghadapi dugaan yang berat-berat.

3) Kita kena faham,tujuan kita dihidupkan didunia ini bukan untuk bersenang-lenang,kita diciptakan untuk beribadat dan mengenal siapa pencipta kita.Beribadat nie maksudnya luas seperi bekerja,belajar,berkeluarga,tabah menghadapi dugaan dan sebagainya.Lain orang lain jenis dugaannya...yang pasti semua orang akan mendapat dugaan masing-masing.(Rujuk ayat 2 surah al Ankabut)

4) Kita perlu muhasabah diri kita,mungkin sebelum ini kita pernah menyindir/menghina orang ker..Jadi kita perlu cermin-cermin diri kita,jika kita sebelum ini pernah menyakiti hati seseorang tanpa kita sedari.

5) Mungkin dengan cara berusaha untuk kesembuhan kita akan bertambah ilmu,amalan meningkat dan keyakinan terhadap ayat quran bertambah akhirnya kita dimasukkan ke syurga dengan asbab sakit itu

Kesimpulannya,perbanyakkanlah membaca surah al insyirah tiap-tiap lepas solat supaya Allah meleraikan segala kekusutan masalah kita.