Pembaca Setia

Selasa, 20 April 2010

Kelebihan Rawatan Menggunakan Ruqyah


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.Semoga anda semua sihat sejahtera dan sentiasa dalam hidayah Allah.Berbagai kaedah rawatan Islam yang ada juga berkesan untuk menyembuhkan penyakit, cuma di sini saya ingin merujuk kepada kelebihan menggunakan ruqyah syari'iyah memandangkan kaedah lain telah diceritakan dalam blog-blog lain.

1)Yang terpenting adalah kaedah ini telah dibuat oleh Rasul Saw.Jadi kita sebagai umatnya menghidupkan sunnahnya sebagai tanda kecintaan dan kita meyakini apa yang ditinggalkan oleh Rasul Saw adalah sangat berharga dan sangat banyak hikmahnya tersurat dan tersirat.

2)Pembacaan Al Quran menghasilkan pahala yang besar -1huruf 10 pahala,1 set penuh bacaan ruqyah adalah dari petikan 20 surah.Sekiranya kita membaca kesemuanya pahalanya tidak terhitung.

3)Al quran adalah mukjizat teragung Rasul saw melebihi semua mukjizat yang lain.membacanya dengan sedikit kefahaman mendatangkan hidayah dan ilmu kepada pembacanya.

4)Dapat mendakwah perawat/pesakit dan jin kepada al quran. Kalau selama ini perawat/pesakit/jin tidak pernah mendengar atau membaca quran kini mereka baru tahu bahawa quran ni boleh menyembuhkan penyakit rohani dan jasmani.

5)Kalau selalu baca nanti dapat baiki bacaan tajwid yang kurang baik dan dapat hafal.Apabila selalu diulang memudahkan penghafalan.Seronok dapat hafal ayat ruqyah sebab banyak ayat tu. Berapa jika dinilai RM saudara sanggup bayar ayat-ayat yang dapat di hafaz?

6)Menimbulkan sikap hati-hati dan takut kepada Allah terutama ayat 115 Almukminun dan ayat 22 Surah Al Hasyr .

7)Menambahkan keyakinan perawat kepada alquran terutamanya apabila ramai pesakit sembuh walaupun tidak semua,maka kita mengetahui bahawa Allah mudah menerima doa melalui pembacaan alquran