Pembaca Setia

Rabu, 28 April 2010

















" Kaedah Rawatan Yang Membongkar 1001 RAHSIA Keajaiban Al-Qur'an Dalam Menentang Kejahatan Ilmu Hitam, Sihir, Santau , Gangguan Makhluk Halus, Saka, Rumah Berpuaka. Kesannya Serta-Merta Anda Dapat Saksikan Sendiri Insya Allah. "


Melalui kaedah Terapi al-Qur'an yang diamalkan , Allah s.w.t telah menyembuhkan ribuan pesakit yang datang bertemu beliau (Sheikh Wahid Abd Salam Bali) bahkan ada yang sudah 30 tahun menderita akibat sihir. Konsep tauhid kepada Allah s.w.t yang diterapkan sebelum melakukan rawatan adalah asas paling utama dalam rawatan ini.

Melalui kombinasi ilmu dan rawatan anda akan dirawat secara berperingkat-peringkat sehingga anda disembuhkan oleh Allah s.w.t Insyaallah. Rawatan yang anda terima tidak ada sama sekali unsur-unsur syirik, khurafat dan tahyul seperti penggunaan khadam, sheikh tilikan dan ramalan yang boleh menjejaskan aqidah islamiah yang suci.

Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat rawatan, anda digalakkan membuat temujanji terlebih dahulu, ini adalah untuk kemudahan anda. Untuk kesembuhan yang cepat dan keselamatan diri dari kejahatan jin&manusia anda disarankan supaya menyertai Seminar Perubatan Islam kelolaan Al-Fadhil Ustaz Hayat Annaqsyabandi

Method Rawatan :

1. Qiraatul Qur'an bil jahriah ( bacaan al-qur'an dengan jelas di hadapan pesakit )
2. Sama'atul Qur'an ( pesakit wajib mendengar bacaan al-Qur'an setiap hari)
3. Al-Ightisal bil Qur'an ( mandian al-Qur'an )
4. Al-Syarab bil Qur'an ( minuman al-Qur'an )
5. Al-Khutbah ( bacaan khutbah )

Rukun Penyembuhan :

1. Berserah diri zahir&bathin 100% kepada Allah s.w.t
2. Sabar
3. Ikut 100% nasihat perawat
4. Istiqamah

Misi :

1. Menyebarkan ilmu perubatan islam kepada seluruh umat islam dengan bertunjangkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah pegangan Al-Asya'irah dan Al-Maturidiah yang jelas.
2. Mewujudkan rangkaian perubatan islam yang holistik dan berwibawa diseluruh negara .
3. Merialisasikan syariah islamiah dalam perubatan.
4. Menjalinkan ukhuwah yang kukuh antara perawat islam dan umat islam.
5. Rawatan yang berterusan.

Visi :

1. Perubatan islam ialah perubatan utama bukan alternatif..
2. Pembentukan hakikat islam, iman dan ihsan melalui rasa kehambaan.
3. Rangkaian perubatan yang dapat membantu umat islam dari sudut ekonomi.
4. Terhapusnya khurafat dan bid'ah yang sesat.