Pembaca Setia

Rabu, 21 April 2010

Gambar Ekslusif Barangan Nabi Muhammad S.A.W

Posted on the January 28th, 2010 under Agama, Sejarah, Unik by johnjimat

Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek. Ya Allah betapa sederhananya baju pemimpin dunia yang suci dan agung ..!!

Rasa nak menitik air mata melihat pakaian dan barangan peribadi Rasulullah SAW. Baginda yang sememangnya mendapat tempat di Syurga tertinggi pun begitu zuhud sekali.

Kita begitu sibuk mengumpul harta dunia sedangkan hidup di dunia hanya sementara sahaja. Kehidupan di Akhirat adalah kehidupan yang kekal. Jika di dunia yang fana ini kita begitu
cintakan dunia, layakkah kita nak masuk Syurga. Adakah kita mampu
menahan siksaan api neraka?

Gambar-gambar ekslusif ni dikongsikan dengan tujuan supaya kita muhasabah diri kita. Kita ikhlas berbelanja seluar Levis yang berharga RM200 +, RM60-RM70 untuk sehelai tshirt, berapa ratuskah yang kita
ikhlas keluar untuk jalan Allah?

Kita sanggup menonton siaran langsung bolasepak dari menghayati Maal Hijrah, kita sanggup bersengkang mata mengadap laptop dari sembahyang tahajjud, kita mengagungkan pemimpin yang macamana? Kita mengamalkan
riba dalam jual beli, kita tak kisah halal haram dalam kehidupan. Kita
menghina mereka yang ingin memperjuangkan Islam . Ya Allah tunjukkan
kami jalan yang benar dan ampunkan dosa kami.

Sama-sama peringat.

Sebahagian dari baju Gamis Rasulullah yang telah robek.