Pembaca Setia

Selasa, 20 April 2010

From Zero To Salafi(Tajdidi-moderate)hero Bahg 1


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.Dengan rasa rendah diri saya memohon keampunan Allah dan mengakui kelemahan diri dan ilmu saya. Tetapi saya tetap ingin menyumbang kepada kecemerlangan umat. Sekiranya orang lain boleh menyumbang selautan ilmu bagilah peluang kepada saya menyumbang seteguk air buat membasahi tekak.

Macamana nak memulakan perjalanan salafi ni? Kenapa pilih jalan ini tidak memilih jalan lain ?Di sini saya ingin mencatatkan beberapa pemerhatian saya terhadap beberapa golongan salafi yang lebih maju dan menarik perhatian saya untuk mengikut jalan ini sebagai jalan hidup saya

1)Mereka sangat menjaga ketertiban saf solat,sama tumitnya dan rapat bahunya.Jadi bila kita solat bersama mereka terasa khusuk dan manisnya.Saf yang kukuh dan padat menyebabkan persaudaraan Islam lebih terasa terutamanya ketika serentak melakukan rukun-rukun solat.Juga sangat menjaga solat jemaah dan mengikut kaedah sunnah dalam melaksanakannya menyebabkan hati kita tenteram.Solat yang baik dan mengikut sunnah menghasilkan kepuasan batin yang sukar digambarkan.

2)Sangat menjaga disiplin diri-tahajjud,puasa sunnat,dll amalan sunnah yang telah dilatih bertahun-tahun menjadikan mereka lebih teratur berbanding sebelum mereka mengenali salafi
Keteraturan ini dapat di lihat pada diri,pakaian,kenderaan ,rumah dan sesuatu yang berkaitan dengan mereka

3)Sangat menjaga kebersihan- walaupun ada secebis sampah kecil di rumah Allah mereka akan segera bersihkan begitu juga mengatur selipar/kasut.Bagi yang lebih disiplin kebersihan rumah akan kelihatan walaupun rumahnya sederhana.

4)Mereka bersegera mempelajari quran dan hadis dan cuba mengamalkan .Selalu mendengar
pengajaran quran dan hadis dengan serius dan teliti.Setelah mendengar pengajian mereka cuba mempraktikkannya dengan taraf ketaatan yang tinggi

5)Bersungguh-sungguh dalam ibadah-walaupun membasuh pinggan mangkuk di dapur kelihatan cekap,cergas dan susunan pinggan,gelas dan mangkuknya teratur.Ibadah fardu yang lain kesungguhan mereka lebih tinggi

6)Suka melakukan dakwah-walaupun ilmu tidak seberapa(orang awam seperti saya) mereka pergi juga jumpa mat rempit,kaki dadah ,orang asli ,artis dan sebagainya atas usaha sendiri untuk berdakwah dan berjaya juga menginsafkan dan mengislamkan sebahagian mereka

7)Membuat sesuatu ibadah dengan kefahaman-mereka mempelajari kaedah ibadah dan selok-beloknya sehingga mahir sehingga khutbah nikah yang biasanya membosankan pun boleh menimbulkan kegerunan di hati kita

8)Memudahkan pernikahan-maharnya murah-ada yang beri telekong dan quran shj dll,kendurinya kecil-kecilan atau sederhana sahaja tetapi diberkati Allah dengan perkahwinan yang kekal sehingga akhir hayat dan ramai anak soleh

9)Terdapat ramai golongan ulama salafi yang sederhana yang memahami hakikat zaman dan ummah yang berakhlak mulia yang menarik hati saya untuk mencontohi mereka.