Pembaca Setia

Ahad, 21 Mac 2010









TIADA NAFSU PADA SUAMI

Petikan dari Harian Metro

USIA perkahwinan saya kini kira-kira enam tahun dan menpunyai seorang anak berusia lima tahun. Saya menghadapi penyakit misteri sejak dua tahun lalu, iaitu tidak bernafsu pada suami.

Merata-rata tempat saya berubat dan bermacam-macam bomoh saya jumpa, malah saya pernah mendapatkan khidmat Datuk Dr Harun Din, tetapi penyakit misteri tidak juga hilang. Sekarang saya berasa sangat tertekan dan hanya mampu berdoa.

Tetapi yang menghairankan, saya ada nafsu pada orang lain pula, sedangkan pada suami saya memang tiada nafsu langsung. Adakah saya berdosa dalam hal ini? Apakah yang patut saya lakukan?

Setiap kali saya melakukan solat di masjid saya akan berdoa agar Allah temukan wanita yang solehah untuk suami kerana saya tidak dapat melayan batin suami. Berdosakah?


WANITA MALANG,
Pulau Pinang.

------------------------------------------------------------------------------------

PUAN tidak berdosa dalam keadaan sekarang kerana ia berlaku bukan daripada kehendak dan pilihan sendiri.

Di samping itu puan juga berusaha untuk berubat menyembuhkan pernyakit berkenaan bagi menjalankan tanggungjawab sebagai isteri selain usaha lain.

Walaupun ia tidak berjaya setakat ini, saya menasihati puan dan suami supaya usaha terbabit diteruskan semaksimum mungkin.

Suami puan juga perlu dibawa berbincang dalam mencari penyelesaian dan persefahaman. Kerjasama suami dan keluarga amat penting dalam menghadapi cabaran sebegini.

Kemungkinan penyakit puan disebabkan oleh sihir juga perlu diambil kira walaupun berada di zaman moden.

Al-Quran menyebut, "…ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah"
(Al-Baqarah 102)

Banyakkan membaca al-Quran terutama surah al-Baqarah, ayat Kursi, surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas sebagai pendinding daripada sihir.

Jadi kesimpulannya,baik suami atau isteri yang tiada nafsu pada pasangan masing-masing,cuba perhati simptom-simptom terkini pada diri anda,adakah anda mengalami sakit kepala,dada,pinggang dan kerap bertengkar walaupun perkara yang kecil.Jika ada,maka anda mungkin sedang terkena SIHIR PEMISAH R/TANGGA....