Pembaca Setia

Isnin, 22 Mac 2010









RAHMAT ALLAH MELALUI ISLAM

Tanda rahmat Allah kepada manusia melalui Islam adalah dia menjadikan Islam itu mempunyai tiga ciri utama:

1)Mudah (dalilnya ayat 78 surat Al haj antara maksudnya -Dan tidak sekali-kali Dia menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesusahan)Semua amalan agama adalah mudah,solat sekiranya tidak mampu berdiri boleh duduk atau baring,orang yang musafir boleh berbuka puasa atau tidak berbuka.Yang menjadikan susah adalah kita atau masyarakat.contohnya majlis perkahwinan Rasul S.a.w hanya berkenduri seekor kambing dengan salah seorang isterinya,kan mudah tu.Kita menjadikan kahwin itu susah dengan memasukkan nilai bisnes di situ,dengan makandam nya,pelamin, hantaran, baju pengantin berhelai-helai dan yang lebih darinya dan sebagainya.Adakah kisah-kisah Rasul hanya untuk dibaca dan diceritakan bukan untuk diamalkan? ke dok gitu!

2)Tidak mendatangkan mudhorat-Suruhan atau larangan agama adalah untuk kebaikan manusia itu.Semua yang disuruh adalah perkara baik-solat, buat baik kepada ibubapa dan jiran,puasa dan semua yang dilarang adalah pasti perkara buruk-minum arak, membunuh mencuri,dedah aurat dsbgnya.Sebaliknya tidak disuruh budak yang berumur setahun berpuasa dan tidak disuruh orang menghisap dadah, begitu juga tidak dilarang kita berbuat baik kepada kawan-kawan dan anak yatim.

3)Segala amalan akan kembali kepada pembuatnya- samada buruk atau baik yakni Allah tidak perlu kepada kebaikan kita dan tidak terbeban dengan kemungkaran kita.Jika kita solat dengan sempurna wuduk dan khusyuknya kitalah yang merasai kemanisan solat itu,kemanisan puasa dirasai oleh orang yang menjaga betul-betul adabnya.Dan jika kita tidak berpuasa ramadhon dengan sembunyi-sembunyi kitalah yang rugi walaupun orang lain tidak mengetahui,kalau mencuri kitalah yang dipotong tangannya., dan azab dosa itu kitalah yang merasainya di dalam hati walaupun orang lain tak melihatnya dan tidak merasainya.