Pembaca Setia

Isnin, 15 Mac 2010









PERAWAT WAJIB FAHAM SEGALA MAKNA BACAAN RUQYAH

Dalam meruqyah pesakit,selain bacaan ruqyah yang jelas dan dapat didengari pesakit,perawat perlulah faham segala makna bacaan ayat ruqyah tersebut.Meruqyah adalah satu kaedah berdoa kepada tuhan,untuk tuhan kabulkan doa tersebut,sudah tentulah kita perlu faham terlebih dahulu apa yang kita doakan.Kefahaman akan menambahkan khusuk dan rasa takut terhadap azab Allah dan rasa harap kepada keampunanNya dan syurgaNya.Jika Allah tidak mengampunkan kita ke mana kita akan lari atau bersembunyi?Juga sekiranya Allah melemparkan doa kita menjadi debu yang berterbangan maka bagaimana kita nak merawat?