Pembaca Setia

Isnin, 15 Mac 2010











PERAWAT PERLU HORMAT MENGHORMATI SESAMA PERAWAT

Sejak kebelakangan ini ramai sungguh perawat islam yang muncul di M`sia dan ia satu petanda yang positif dimana kaedah rawatan islam secara ruqyah sudah mula mendapat tempat dihati seluruh masyarakat M`sia amnya.

Sebagai perawat islam,kita perlulah ada sikap saling hormat-menghormati sesama perawat islam yang lain walau mereka menggunakan kaedah apa sekalipun.Perawat amat-amat ditegah untuk mengadu domba keburukan dan juga memperkecilkan keupayaan sesama perawat.

Ingatlah,sebagai perawat kita perlu rajin berdakwah setiap hari kepada masyarakat tentang kaedah perubatan sunnah nabi ini,dan adalah satu perkara sia-sia jika kita masih mempunyai sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki,mengumpat dan sebagainya...

Musuh kita yang paling utama adalah diri kita sendiri.Bersainglah dengan diri sendiri untuk menjadi yang lebih baik.

Semoga perawat-perawat islam semua berjaya dan tabah menghadapi segala rintangan...