Pembaca Setia

Isnin, 15 Mac 2010









MIMPI TERDIRI DARIPADA 3 JENIS

Sabda Rasulullah SAW "mimpi itu ada 3,mimpi dari Allah SWT (mimpi yang baik),mimpi daripada syaitan (mimpi buruk) dan mimpi daripada dirinya yang kerana terjadi sesuatu kemudian dia bermimpi"

1) Mimpi dari Allah SWT,iaitu mimpi yang baik untuk dunia dan akhirat,merupakan khabar gembira atau suatu peringatan daripada Allah SWT supaya tidak melakukan maksiat terhadapNya.

2) Mimpi daripada syaitan,iaitu mimpi buruk yang tidak menyenangkan seperti kedatangan malapetaka,musibah,permusuhan,kesedihan,kesengsaraan,kemelaratan,penderitaan dan sebagainya.

3) Mimpi yang dipengaruhi oleh keadaan diri seseorang itu sendiri,umpamanya bermimpi makan ketika keadaan diri sedang lapar atau ketika dalam keadaan kenyang bermimpi termuntah,atau salah satu anggota tubuh sedang sakit dan bermimpi dianiaya orang dan sebagainya.Mimpi seperti ini tidak mempunyai erti sama sekali.

PANDUAN : Mimpi dari gangguan syaitan biasanya akan disusuli dengan sakit-sakit pada anggota badan terutamanya bahagian belakang.Ini perlu dirawat.