Pembaca Setia

Isnin, 22 Mac 2010



















KESILAPAN DALAM MENYAMBUT HARIJADI@HARILAHIR

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.Sebelum memanjangkan kalam saya ingin memohon maaf terlebih dahulu kepada semua pembaca blog ini memandangkan apa yang saya tulis ini mungkin mengguris perasaan golongan tertentu.

Apa silapnya?Lebih baik kita ambil contoh orang yang paling agung iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Rasulullah S.A.W dilahirkan pada tarikh 12 Rabiul-Awwal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571 Masehi.Jadi sebagai mengagungkan beliau kita mengambil tarikh 12 Rabiul-Awwal setiap tahun sebagai sambutan maulidurrasul(S.A.W)

Apa silapnya kita?Baiklah sekarang sekiranya saya ingin menyambut maulidurrasul setiap tahun pada 20 April setiap tahun dan mengajak orang ramai berselawat pada tarikh itu boleh bayang apa yang orang kata?

Tetapi ramai di kalangan masyarakat Melayu Islam menyambut harijadi/harilahir mereka pada tarikh contohnya 1 Januari yang sebenarnya bukan lah tarikh dia dijadikan ataupun dilahirkan. Rujuklah bulan Islam untuk tahu tarikh sebenar kamu dilahirkan.