Pembaca Setia

Selasa, 23 Mac 2010










KEBAIKAN/HASIL YANG SEPATUTNYA WUJUD SELEPAS BERLATIH DAN MENGAMALKAN QURAN , SUNNAH KAEDAH SALAFI

Assalamualikum warahmatullahiwabarakatuh.Untuk pengetahuan semua saya adalah orang awam yang tidak belajar betul-betul mana-mana disiplin Agama dengan baik.Apa yang saya tulis ini adalah pendapat sendiri berdasarkan pengalaman, pembacaan dan hasil rumusan kuliah ilmu di masjid,surau dan lain-lain.Cuma saya ada sedikit kecintaan kepada sunnah Nabi S.A.W menyebabkan saya cuba juga menyebarkan sunnah Nabi yang merupakan suatu khazanah yang paling berharga,terutama apabila kita dapat kaitkan antara pengamalan sunnah dengan metod al Quran dan kita dapat memahami sedikit sebanyak permasalahan dunia semasa.

1.Keyakinan yang mantap terhadap agama- ini hasil dari berpegang teguh dengan nas yang sahih.Berpegang dengan hadis yang dhoif bukan tidak boleh cuma tidak mantap dalam membentuk keyakinan hati kerana sumbernya tidak mantap.
2.Keteraturan pemikiran,tindakan dan emosi-ini diperolehi dengan mencontohi akhlak Nabi S.A.W sebagai manusia yang paling teratur dan disiplin.Keteraturan ini akan nampak dari segi hiasan rumah,pejabat ,imej diri juga di dalam kereta sekalipun.Walaupun begitu ini adalah kemahiran yang memakan masa yang lama untuk mendapatkannya,kerana saya sendiri pun tidak dibina dalam lingkungan sunnah.Cara mudah untuk mengkajinya adalah penelitian terhadap sariyyah peperangan yang diatur Rasul S.A.W. Kita akan dapati ia dilakukan secara teratur dan dengan perancangan yang teliti dan pandangan yang jauh ke depan
3.Kebersihan lahir dan batin-tidak rela membiarkan kekotoran di depan mata ,walaupun cebisan kertas kecil di dalam surau akan dikutipnya.Lebih hebat kalau dia menyusun selipar atau kasut jemaah di surau sekali-sekala.Saya masih memperbaiki diri dalam bab ni.Kebersihan batin didapati dengan merasa tenteram dengan pengamalan sunnah kerana kita memang buat apa yang disuruh buat.Sepatutnya kita merasakan sunnah ini sendiri mempunyai cahayanya dan boleh membela dirinya sendiri kerana pemeliharaan dari Allah.Sunnah telah mengubah batin kerdil hamba-hamba,pemaksiat dan sebagainya menjadi orang yang termulia di sisi Allah.Kalau sekiranya kita tidak mampu mencapai kebersihan batin dengan sunnah nabi S.A.W maka bukanlah bermakna sunnah itu tidak sempurna tetapi kitolah yang tak reti.
4.Toleransi- Masyarakat kita masih dalam mengenal sunnah,jadi kita jangan terlampau banyak kritik tetapi tidak membina diri dan masyarakat.Membina diri sehingga orang mengenali watak orang sunnah iaitu budiman sejati,berkata benar ,ikhlas sesama manusia,cinta akhirat dan mati,banyak budinya di dunia ini dalam politik,ekonomi,pendidikan, dakwah, jihad dsbgnya.
5.Dakwah-di tempat lain saya tak tahu,tetapi di Malaysia kita kalah kepada jemaah lain yang lebih banyak melakukan dakwah.Pada pengamatan saya jemaah tariqat lebih tersusun dakwahnya dan lebih kerap melakukan dakwah menyebabkan pengikut mereka lebih ramai.Sepatutnya apabila kita melihat perkembangan umat yang ramai ini kita buat tindakan ke depan kerana kita tahu ustaz,ulama tidak mampu untuk memenuhi semua permintaan dakwah.Jadi cara terbaik adalah melatih semua pecinta sunnah teori dan praktikal dakwah.Bagaimana untuk dakwah orang cina,india ,asli ,melayu dan sebagainya.Bagaimana nak dakwah seorang dengan seorang ,seorang dengan ramai,ramai dengan seorang,ramai dengan ramai ,cara dakwah di disko,kedai makan ,pasar malam dan lain-lain.Cuba bayangkan ilmu dakwah ni diajar di masjid setiap minggu teori dan praktikalnya dan semua orang Islam mengetahui kaedah dakwah seperti mengetahui rukun sembahyang.Ambil contoh kalau di praktikalkan di masjid seorang pendakwah mendakwah seorang cina bukan Islam(ambillah sape-sape jadi sampel).Kita belajar dari mula cara menegursapa,cara membelokkan cakap kepada dakwah ,kemudian bersedia dengan soalan dan hujah dari dia .Sekiranya kita dah faham tentulah dakwah ini tidak akan asing sangat kepada umat Islam dan semua orang mempunyai kemahiran berdakwah maka runtuhlah kesyirikan.