Pembaca Setia

Ahad, 21 Mac 2010









KAEDAH MUDAH MENCEGAH/MERAWAT TERKENA GANGGUAN JIN

Aisyah RA menyatakan bahawa Rasulullah SAW telah mengajarnya supaya membaca 3qul (al ikhlas,al falaq dan an nas) sambil menadah tangan seperti berdoa.Selepas habis bacaan itu,tiup pada tapak tangan.Kemudian sapulah kedua-dua tapak tangan itu keseluruh badan sebagai suatu permohonan perlindungan daripada Allah SWT ketika hendak tidur.Ini dilakukan sebanyak tiga kali.

Dalam sebuah hadith sahih,Nabi Muhammad SAW pernah cuba disihir oleh seorang yahudi yang bernama Labid Bin Al A'Sam.Jibril AS datang mengajar Nabi bagaimana hendak menghindar dan mengubati sihir tersebut iaitu membaca Al Mu'awwidhat (3 qul) dengan dijadikan amalan atau bacaan setiap hari.

Bagi pesakit yang ada gangguan dan banyak angin di dalam tubuh disarankan melakukan amalan ini dengan lebih kerap.Jika anda rasa lenguh-lenguh dan ingin isteri atau anak urut atau picitkan lebih baik suruh anak baca 3 qul tiga kali dihembus ditapak tangan sebagai perlindungan diri sebelum dipicit atau diurut.Ini dapat mengelakkan mereka dimasuki angin atau terkena tempias syaitan setelah mengurut anda.