Pembaca Setia

Rabu, 17 Mac 2010










BOLEHKAH ORANG ISLAM BERSAHABAT DENGAN BUNIAN

Bunian adalah makhluk halus yang diakui kewujudannya dan ia berbeza daripada manusia dari sudut rupa bentuk,kebolehan dan juga keinginan.Islam menyarankan agar manusia hendaklah bersahabat dengan manusia juga dan kita tidak diharuskan bersahabat dengan makhluk halus.Al quran telah menjelaskan bahawa makhluk halus ini sanggup menjadi pelindung kepada manusia tetapi kesanggupan mereka untuk menolong lebih banyak mengundang padah.

Firman Allah SWT dalam surah Al Jin ayat 6 :
"Dan bahawa sesungguhnya adalah amat salah perbuatan beberapa orang daripada manusia meminta perlindungan kepada beberapa ketua golongan jin,kerana jin-jin itu menambahkan mereka dosa dan kesalahan"

Daripada ayat ini dapat difahami bahawa memang boleh berlaku persahabatan antara manusia dan jin namun manusia akan menerima kesan buruknya.

Dalam surah Al Nisa ayat 38 juga ada menyebut "Sesiapa yang mengambil syaitan itu menjadi temannya,maka syaitan itu adalah seburuk-buruk teman"

Di negeri saya masih ramai yang tidak peka apabila pergi juga untuk mendapatkan rawatan kepada bomoh-bomoh yang menggunakan bunian/jin ini,diharapkan selepas ini jenerasi baru akan lebih yakin dengan kaedah rawatan Islam.Cuma kita sangat kurang perawat wanita Islam dalam bidang urut wanita selepas bersalin.Saya nampak sangat perlu diambil tindakan segera kerana dianggarkan 90% daripada tukang urut ini menggunakan jin.