Pembaca Setia

Selasa, 23 Mac 2010























AKIDAH JIN

Sama halnya dengan manusia,bahawa jin ada yang Muslim,Nasrani ,Yahudi,komunis dan juga atheis.Bahkan dari golongan jin yang muslim,ada yang menganut aliran Qadariyyah,Syi'ah,Sunnah dan juga Bid'ah.Ada juga yang taat,berbuat maksiat,yang taqwa dan juga yang suka melakukan dosa.

Tentang mereka ini Allah menerangkan dalam Al Quran bahawa makhluk jin pernah berkata yang maksudnya :-

"Dan sesungguhnya diantara kami ada orang-orang yang soleh dan diantara kami ada pula yang tidak demikian halnya.Adalah kami ini menempuh jalan yang berbeza-beza" (Al Jin 11)