Pembaca Setia

Isnin, 15 Mac 2010









9 MANFAAT MENGGUNAKAN AIR DARI DALAM TUBUH UNTUK PENGUBATAN


Firman Allah : (Ingatlah),ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu penenteraman daripadaNya,dan Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan daripada kamu gangguan-gangguan syaitan dan untuk menguatkan hatimu dan memperteguh dengannya telapak kaki(mu)-Surah AL ANFAL 11

Firman Allah : Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu,sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya (menyuburkan)tumbuh-tumbuhan,yang pada (tempat tumbuhnya) kamu menggembalakan ternakmu-Surah AN NAHL ayat 10

Firman Allah : Dan Kami turunkan dari langit air yang banyak manfaatnya lalu kami tumbuhkan dengan air itu pohon-pohon dan biji-biji tanaman yang dituai-Surah QAF ayat 10

1) Air dapat menjaga keselarasan dan keseimbangan tubuh sehingga dapat menambah tenaga dan kekuatan tubuh.

2) Membantu meningkatkan fungsi buah pinggang didalam tubuh.

3) Mengatur darjah suhu dalam tubuh.

4) Membersihkan darah dari racun(air mineral,air yang ditapis dan air zam-zam).

5) Sebagai perantara bagi proses kimia yang berlangsung didalam tubuh.

6) Air dapat menghasilkan keseimbangan kadar zat-zat kimia didalam tubuh dan menambah tingkat kelembapan tubuh.

7) Meningkatkan kinerja organ pencernaan dan saluran pembuangan.

8) Membasahi persendian.

9) Menyebarkan makanan keseluruh sel tubuh.

Sebahagian ulama membolehkan penggunaan air hujan terutamanya air hujan malam Jumaat untuk tujuan perubatan mungkin berdasarkan dalil ayat Quran di atas.Ada pengalaman orang yang menadah air hujan malam Jumaat dimana apabila diminum rasanya seperti air zam-zam.Wallahua'lam.