Pembaca Setia

Isnin, 22 Mac 2010








63 PETUA BAHAGIA OLEH DR FADZILAH KAMSAH(DALAM KURUNGAN TULISAN CONDONG-ULASAN SAYA)

TANPA sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan bercinta atau mereka yang melayari rumah tangga.


1. Doa yang berterusan.(Selepas solat 5 waktu amalkan petikan doa dari surah AL FURQAN ayat74)
2. Patuh ajaran agama.(mengetahui selok-belok ibadah dengan baik)

3. Murah dengan pujian.(jangan sampai bermuka-muka)

4. Murah dengan khidmat.(ini benar-benar dapat memikat hati isteri)

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.(dan kenanglah ketika marah)

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.(ada masa isteri/suami juga perlu bersendirian)

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.(ada matlamat dunia dan ada matlamat akhirat)

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.(ini yang susahnya-kito keras diorang lembut)

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.(cuba-cuba puasa sunat untuk kurangkan cinta dunia)

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.(sedangkan lidah lagi tergigit)

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.(adab sunah masuk rumah,sunah berpakaian dan paling penting sunah akhlak-nampak bersih,ikhlas,rajin dan tawaduk hasil dari latihan sunah yang baik)

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.(dia adalah anak orang lain-jangan lupa)

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.(terutamanya jika tidak bercinta sebelum kahwin)

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.(2 kali seminggu paling banyak-kalu lebih mesti terganggu ibadah kerana penat)

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.(terutamanya kalau dia dari kaum lain yang berbeza adat resam hatta makanan sekalipun)

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.(Ini termasuk sangka baik dengan Allah)

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.(kadang-kadang pasangan cantik,kaya dan keturunan lebih baik memandang rendah dan menghambakan pasangan dengan kata-kata yang 'halus',lebih teruk kalau guna sihir)

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.(tetapi berterusan dan cuba istiqomah)

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.(cuba untuk marah kerana Allah dan marah kerana pelanggaran hukum agama sahaja dengan hikmah)

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.(cuba minum dari gelas yang sama atau mandi bersama)

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.(ditambah dengan keikhlasan hati bukan mainan bibir sahaja seperti lagu cinta)

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.(masih perlu gurauan yang benar)

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.(sepatutnya sepuluh beri satu terima -tapi susah nak buat walaupunbegitu tetap kena buat)

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.(terutamanya dalam memperbaiki kualiti ibadah dan khidmat)

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental

(b) Pendidikan dan ilmu(rajin pergi surau/masjid dan menilai dan mengkaji ilmu yang disampaikan bukan 'telan' sahaja)

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial( juga berdoa agar Allah menjauhkan dari fitnah wanita)

(e) Spiritual(memohon hidayah dan ibadah yang berkualiti serta keteraturan pemikiran,tindakan dan emosi)

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.(jangan cemburu buta)

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat

(b) Pandangan

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.(sesuaikan nafsu supaya tunduk dengan apa yang dibawa Rasul S.a.w iaitu quran dan sunnah)

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.(aplikasikan peraturan Islam dulu)

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.(Bawa berkelah atau bina hobi bersama )

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.(larangan memukul muka dan mencederakan pasangan -nanti Allah balas kamu)

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.(Ya Allah jadikan Islam menguasai hati kami)

Nota : Pembaca blog yang ingin tahu petua asal tidak perlu baca ulasan saya yang bertulisan condong