Pembaca Setia

Rabu, 31 Mac 2010













AKULAH YANG BERSALAH

Ya Allah ,aku memohon ampun kepada Mu dengan sepenuh hati

Jika Kau memasukkan aku ke dalam nerakaMu kerana kesalahan solat dan ibadah fardu lainnya maka aku akui aku layak masuk nerakaMu kerana aku memang bersalah,tetapi selamatkanlah aku daripada nya.

Jika Kau masukkan aku ke nerakaMu kerana dosa terhadap kedua ibubapa memang aku layak memasukinya kerana kedurhakaan aku dan kelalaian aku terhadap hak keduanya tetapi ampunilah Ya Allah

Jika kau masukkan aku ke neraka kerana kezaliman aku terhadap hamba-hambamu manusia atau makhluk lain aku mengaku ada melakukannya tetapi hindarilah aku daripadanya

Jika kau memasukkan aku ke nerakamu kerana kejahilanku dan kesembronoan tingkahlakuku serta kesalahan-kesalahan lainnya maka ke mana aku akan lari

Jika Kau lepaskan pegangan tanganMu kemana aku akan berpaut,akan tenggelamkah diri ini di lautan 'hayah'

Ya Allah ,aku memohon ampun kepada Mu dengan sepenuh hati







IKHLAS ADALAH SIFAT PALING UTAMA BAGI PERAWAT

Sifat utama yang perlu dimiliki oleh mereka yang ingin melibatkan diri dengan rawatan ialah ikhlas.Ikhlas bererti melakukan sesuatu amalan kerana Allah SWT semata-mata dan tidak kerana selainnya. Ikhlas juga merupakan satu sifat paling tinggi dan dan paling terpuji.Allah SWT telah memerintahkan para malaikat agar sujud kepada Adam sebagai menghormati kejadian Allah SWT setelah sempurna ia diciptakan.

Iblis enggan dan merasa takbur kerana merasakan dirinya yang dijadikan dari api itu lebih mulia daripada Adam yang dijadikan daripada tanah.Kerana keengganannya itu,Allah SWT telah melaknatnya dan menyebabkan ia termasuk dalam golongan mereka yang kafir lalu Allah menghalaunya keluar dari syurga.Iblis telah memohon dipanjangkan umur untuk mebolehkannya menipu Adam dan keturunannya agar mereka semua boleh dibawa bersama masuk ke neraka.IBLIS BERSUMPAH AKAN MENYESATKAN SEMUA ANAK ADAM KECUALI MEREKA YANG IKHLAS DIKALANGAN HAMBA ALLAH-rujuk ayat 39 dan 40 surah Al HIJR

Ikhlas itu adalah salah satu rahsia daripada rahsiaKU.Aku pertaruhkan dia pada hati mereka yang Kukasihi daripada kalangan hambaKU.(Hadis Qudsi)

Ikhlas bererti berilmu,iaitu ilmu agama.Seseorang hamba tidak akan berupaya untuk bersyahadah dan memahami hakikatnya,melakukan sembahyang,puasa,haji atau zakat kecuali sekiranya ia tahu rahsia-rahsia disebalik amalan-amalan tersebut dan kaedah melakukan ibadat dengan sempurna.Memahami tentang pembentukan peribadi atau kesan daripada amalan-amalan tersebut,termasuk balasan Allah terhadap amalan-amalan yang dilakukan itu..Tanpa ilmu yang berkaitan,manusia hanya akan bertaklid,melakukan sesuatu menurut kebiasaan seperti yang dilakukan oleh orang lain tanpa ruh amalan,penghayatan,kefahaman dan rasa takut Allah menolak amalnya.

Ternyata disini bahawa sifat ikhlas itu merangkumi pelbagai amalan ibadah yang difardukan dan disunatkan,kerana itu orang yang ikhlas ialah :-

1) Mukmin yang sentiasa memelihara kewajipan yang difardukan juga amalan-amalan sunat terus menerus.

2) Melakukan perintah Allah dengan rasa tunduk hati,sedar diri sebagai hamba.

3) Mereka yang tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah samaada percakapan yang lagha,penipuan dan sebagainya,pemakanan yang halal dan berupaya mengelakkan penyakit hati seperti riak,takabur,sombong dan sebagainya.

4) Mereka yang tidak mementingkan dunia berbanding akhirat.

5) Mereka yang memahami konsep kemakbulan doa.

6) Mereka yang beribadat dengan kefahaman yang jelas tentang agama sebagai cara hidup



















PENGGUNAAN MINYAK WANGI DALAM RAWATAN

Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; “al Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani” karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan minyak wangi:

“Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan secocok dengan naluri kejiinnan mereka.

Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’. Jin asyiq adalah jin yang berdamping dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit!

Tekniknya adalah;


  1. Pesakit hendaklah sentiasa memakai minyak wangi di kemaluan depan dan belakang sama ada lelaki atau perempuan.
  2. Memakai minyak wangi pada semua pakaiannya terutamanya pada waktu tidur. Jangan sekali-kali tidur tanpa memakainya. Apabila hendak membasuh pakain tersebut pakaian yang baru hendaklah dipakaikan minyak wangi dan pakailah pada waktu tidur.
  3. Pesakit hendaklah memakai minyak wangi di ‘32’ point di tubuh badannya setiap malam. Point tersebut adalah:

    20: Di semua hujung jari tangan dan kakinya. Antara kuku dan kulit.
    2: Dua lubang hidung.
    2: Dua lubang telinga.
    2: Dua kening berdekatan mata.
    1: Sekeliling mulut.
    2: Dua puting payu dara.
    2: Dua kemaluan depan dan belakang. (kubul dan dubur)
    1: Lubang pusat.”


    Jika anda perhatikan semua point tersebut adalah rongga-rongga yang terdapat di tubuh badan kita. Inilah tempat masuk dan keluar makhluk jin ke dalam tubuh manusia.

    Sekiranya jin ingin mendekati maka ia akan menjauhkan diri kerana bau wangi. Sekiranya ia telah ada di dalam tubuh badan, insya Allah ia akan keluar kerana tidak tahan dengan aura aroma bau wangi tersebut….

    Adapun minyak wangi terbaik untuk tujuan ini adalah ‘Rose Dimasyq’ dan ‘Kasturi Hitam’. Lebih-lebih lagi kalau diruqyah / dijampi

















TAFSIR MIMPI

Menurut sebuah kitab arab yang berjudul “Qamus Tafsir al Ahlam” karya Doktor Khalid bin Ali bin Muhammad al Anbari, Mesir mimpi sepatutnya tidak dipandang enteng kerana mempunyai maksud yang tersirat. Kitab lama yang paling ‘reliable’ dalam permasalahan mimpi ini adalah kitab “Tafsir al Ahlam” karya Imam Ibn Sirin.

Saya sering ditanya oleh ramai orang berkenaan tafsir mimpi. Sebagai insan yang lemah dan bukan orang yang arif dalam bab mimpi, saya pun merujuk kepada kitab kamus mimpi yang saya nyatakan di atas. Di sini saya catatkan beberapa tafsiran dari mimpi anda:

Berihram :Terhalang dari bersetubuh dan jauh dari maksiat.
Azan: bermaksud menunaikan haji, kebaikan, kesejahteraan dan berjaya dari tipu daya syaitan
Arnab: lelaki penakut
Istighfar: Murah rezeki, tertolak dari bala,
Singa: Raja yang zalim.
Jarum: Kembali bersatu, kalau jarum patah: berpecah belah
Sahabat nabi: Baik keIslamannya dan mengikut sunnah.
I’tikaf : Berterusan di atas kebaikan
Muflis : Muflis dalam bab agama
Imam solat : jadi pemimpin
ayat al Quran : ayat rahmat: Berada dalam rahmat Allah, ayat azab: Berada dalam azab Allah
Pintu : Terbuka: rezeki Tertutup: gagal
Laut : Kekuasan dan menjadi orang yang berilmu. Bagi perempuan: kahwin
Masjid : Orang yang alim, rumah jadi masjid: Kebaikan mencurah. Bina masjid: Menang. Masjidil Haram: Keselamatan, penuhi janji
Ular : Permusuhan antara keluarga, anak2, jiran tetangga, gangguan jin.
air
: Bersih: kebaikan dan berkat
Lemas : Fitnah dan bergelumang maksiat
Asap / rokok : Duka nestapa
Bismillah : Ilmu dan hidayah
Bawang putih : Lihat tapi tak makan: Kebaikan, kalau makan: Kejahatan
Orang marah : Sempit dada bala
Lembu : Makan daging: bertambah harta
Menangis : Kesedihan
kencing : Dalam rumah sesuatu kumpulan. Petanda akan dihalau
Telaga : Dalam rumah: Kesenangan hidup lepas susah
Ikan : Kekayaan. Memancing: manfaat dan kebaikan
masak : kehidupan yang baik
Budak kecik : kedhaifan, kesedihan, kesusahan dalam kejahilan; gangguan jin
terpenjara : Dihina. Terpenjara dirumah yang tidak diketahui: MATI
Tali : Agama
Haji : Kebaikan dan tetap di atas kebaikan, pahala, rezeki
Syurga : Tak masuk: amal kebaikan, masuk: kebahagian dunia dan akhirat
perempuan : Fitnah, perhiasan dunia dan syahwat
Bintang : Kejayaan. Bintang jatuh: jatuhnya orang alim atau pemerintah. MATI
Lebah : Kaya
Sungai : Kebahagian selepas kesusahan.
Semut : Kaum yang lemah. Semua membawa makanan ke rumah: rezeki
Nikah : sampai wajib mandi: tiada tafsiran: ihtilam, nikah dengan mahram: buat perkara haram.
Nikah dengan wanita bukan mahram: Kesenangan selepas susah.
bersalin : Sihat dari penyakit dan kesusahan.
Yakut dan batu permata: Harta dan kesenangan. Ambil selonggok: nikah perempuan cantik lagi beragama.

…..dan berbagai-bagai lagi…
GOUT

Terdapat 1001 rawatan penyakit gout. Namun rawatan yang paling mendekati 'sunnah' dan tabi'e yang paling mujarab adalah:
1) Teknik bekam: Bekam di point di dalam gambar: Masa yang terbaik 15, 17, 21 hb Islam. Hari yang terbaik adalah hari Isnin, Selasa atau Khamis.

2) Teknik tabi'e: Perubatan tradisional: Akar terung pipit diambil segenggam dan direbus sehingga tinggal separuh.... Minum setiap hari 1 jam sebelum makan apa-apa. Rawatan 40 hari!












RAWATAN GILA:


KAEDAH PERTAMA

1) Dibacakan ruqyah kepada si pesakit.

2) Kalau peakit tidak bertempik: Hendaklah diulang ruqyah sebanyak tiga kali. Sekiranya masih tidak berkesan dengarkan;

a) CD ayat-ayat ruqyah
b) al Baqarah
c) Hud
d) al Hijr
e) as Soffat
f) Qaff
g) ar Rahman
h) al Mulk
i) al Jin
j) al A'laa
k) al Zalzalah
l) al Humazah
m) al Kafirun
n) al Falaq
o) an Naas

....... setiap hari sehingga sembuh... Selalunya pesakit akan bertindak balas secara ekstrim dengan bacaan al Quran khususnya untuk 15 hari pertama dan beransur-ansur kurang selepas itu... Selepas 15 hari, mainkan ruqyah syariyyah sahaja.

4) Jangan bagi makan ubat hospital kerana akan merosakkan pesakit (dadah penenang/ sedative) dan mengganggu proses rawatan.... pernah tengok filem "The Exorcism of Emily Rose"..tentu anda akan faham...(orang hospital jangan marah aaaaa...)

5) Rawatan kerusi elektrik amat digalakkan kerana teknik ini sangat baik dan berperanan menyakitkan jin.

6) Kemungkinan rawatan kurang dari sebulan atau lebih. Mungkin juga akan berlanjutan selama 3 bulan atau mungkin juga lebih.....bergantung kepada Allah Taala jua....

7) Jauhkan pesakit dari maksiat: cth merokok, mendengar lagu-lagu haram, tabarruj etc.

8) Kalau pesakit mengalami sakit perut...Mungkin termakan makanan sihir... beri minum air yang dibacakan ruqyah sepanjang tempoh rawatan dengan harapan untuk memusnahkan makanan sihir di dalam perut atau memuntahkannya..

... kaedah pertama dari kitab ... as Sorimul Battar karangan Wahid Abd Salam Bali, Mesir...

Selasa, 30 Mac 2010








TIPS MENGURANGKAN LEMAK DALAM BADAN


Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya,ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

2)Blender batang saderi ,tapis dan minum airnya ,setiap hari selama seminggu.Sangat berkesan untuk turunkan kadar kolesterol

3)Rajin lakukan bekam sunnah







ZIKIR PENDINDING DIRI AMPUH KAEDAH SYEIKH WAHID ABD SALAM BALI


لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Amalkan membaca zikir diatas 100x pagi dan 100 petang,insyaAllah badan anda tidak akan dimasuki oleh sebarang jin/syaitan.







TIPS UNTUK ELAK DIRI DARI MENGUMPAT


Bagaimana nak elak diri daripada mengumpat?

1. Kesedaran

Kita mesti sedar bahawa mengumpat adalah perbuatan yang tidak disukai Allah rujuk surah Al HUMAZAH ayat 1. Jangan kita dedahkan diri kita kepada kemurkaan Allah. Al Quran dan hadis menegah kita dari mengumpat. Mengumpat diumpamakan seolah-olah kita memakan daging saudara kita yang telah mati-rujuk Al HUJURAT ayat 11.Peliharalah lidah sebaik-baiknya dari perbuatan ini.

2. Jangan Marah

Jika kita dapati kita kena umpat, janganlah bertindak marah. Bersabarlah. Cari dimana kelemahan atau kesilapan yang telah kita lakukan. Buat perubahan memperbetulkan kesilapan yang lalu dan bertaubat. Jika kita dapati tiada kesalahan yang ketara adalah lebih baik kita doakan Allah mengampuni mereka dan menjauhkan kita dari jadi pengumpat.Dengan sikap ini anda beroleh kemenangan.

3. Pahala

Orang yang mengumpat sebenarnya beri pahala percuma kepada orang yang diumpatnya. Jadi sewajarnya orang yang jadi mangsa umpatan mengucapkan terima kasih kepada si pengumpat itu dan kalau mampu boleh memberi hadiah kepadanya. Jadi jangan mudah bagi pahala pada orang manakala pahala untuk diri sendiri berkurangan.Dihari kiamat pengumpat termasuk golongan yang bankrapsi keran pahala habis diberikan kepada orang lain dan sekiranya tidak cukup dia akan menanggung dosa orang yang diumpatnya.

4. Rasai apa yang orang lain rasa

Orang yang mengumpat tu, sendiri mau ingat la..bagaimana kalau dia berada ditempat orang yang kena umpat itu. Kalau dia rasa menderita,orang lain pun rasa cam tu jugak,betul tak?Allah tidak memberi kita mulut untuk bercakap dengan sesuka hati dan keluarkan perkataan yang buruk.

5. Tempias

Duduk bersama dengan orang-orang yang mengumpat walaupun ia tidak menambah kepada umpatan itu tetapi dengan kata-kata seperti ini, Eh tak sangka ya..dia perangai cam tu. Perkataan ini seolah-olah membenarkan kata-kata orang yang mengumpat itu. Sedangkan orang yang mendengar berdiam diri dan juga tanpa buat apa-apa bantahan pun turut bersubahat dengan orang yang mengumpat itu.

Jadi berhati-hatilah dalam apa jua tindakan kita. Elakkan dari mengata orang lain kerana ia hanya akan mengundang dosa dan akan dibawa mati sekiranya orang yang kita umpat itu tidak memaafkan kita.Ingatlah kedahsyatan neraka Hutomah yang Allah sediakan untuk pengumpat









TIPS UNTUK DAPAT ANAK LELAKI/PEREMPUAN


Berikut adalah tips dan cara-cara untuk mendapat anak lelaki atau perempuan. Tips ini tidak semestinya tepat atau mempunyai 100% ketepatannya cuma ianya adalah pandangan dan kajian dari pihak - pihak tertentu sahaja.

Yang penting sekali adalah kesihatan pada kedua pasangan adalah baik.Ini kerana adalah sperma dari suami mempunyai dua unsur iaitu unsur X dan Y. Apabila unsur X bertemu dengan telur isteri maka akan terhasil anak perempuan.

Sperma X jika dilihat dengan mikroskop, bentuknya adalah agak besar sedikit daripada sperma Y, maka ia lebih dapat bertahan di dalam vagina isteri yang agak berasid. Bagi sperma Y yang agak kecil, ianya tidak dapat bertahan lama dan sperma ini yang menghasilkan anak lelaki.

Kata kunci disini adalah sperma X lebih lama bertahan dari sperma Y. Ini membolehkan kita merancang untuk mendapatkan jantina yang dikehendaki. Maka dengan menentukan keadaan vagina isteri, perancangan boleh dilakukan bersama pasangan.

Untuk mendapat anak lelaki.

1. Untuk si suami, digalakkan mengambil makan berprotein tinggi seperti daging merah manakal si isteri mengambil makanan bersifat akali atau neutral seperti sayuran hijau.

2. Pasangan akan bersama sebaiknya bermula pada hari ke 2 masa subur.

3. 15 atau 20 minit sebelum bersama, si isteri haruslah membasuh kemaluan dengan menggunakan serbuk soda bikarbonat yang bercampur dengan air. ( 1 sudu kecil / segelas air )

4.Amalkan ayat 49 surah As SYURA selengkapnya sebanyak yang boleh sambil niatkan agar Allah kurniakan anak lelaki

Untuk mendapat anak perempuan.

1. Bertentangan dengan cara untuk mendapat anak lelaki, si suami pula harus banyak memakan sayuran manakala isteri pula mengambil diet protein yang tinggi.

2. Pasangan akan bersama bermula hari ke 2 masa subur.

3. 15 atau 20 minit sebelum bersama, isteri perlu membasuh kemaluan menggunakan cuka masak bercampur air ( 1 sudu kecil / segelas air ).

4.Amalkan ayat 49 surah As SYURA tetapi berhenti pada inaasa sahaja sebanyak-banyaknya sama seperti langkah untuk anak lelaki

Kaedah 4 untuk dapatkan anak lelaki atau anak perempuan tiada kaitan dengan kaedah 1,2,3 ia adalah kaedah alternatif

Kaedah ini memberi peratusan hingga 75 ke 80% ketepatan. Walaubagaimanapun, kesemua ini adalah ketentuan Allah dan kita hanya berusaha untuk mendapat yang terbaik.

Wallahu A’lam…







NANAS SEMBUHKAN PENYAKIT BATU KARANG

Bagi pengidap batu karang, kupas sebiji nanas dan cincang. Campurkan segelas air serta sedikit garam dan kisar halus. Minum air nanas segelas setiap hari.Sebaiknya sebelum minum,air nanas itu dibacakan fatehah 3x dan al mukminun 115-118 3x dan tiup 10 saat pada air tu.InsyaAllah mujarab...

2)Bacakan ruqyah pada air mineral dan ulang pada ayat 22-24 surah Al HASYR beberapa kali sambil niat memecahkan batu karang dan gunakan untuk mandi dan minum







TIPS MEMBASUH PAKAIAN TERKENA CAT


Rendamkan pakaian dengan minyak tanah terlebih dahulu. Biarkan beberapa jam, kemudian cuci dengan air sabun. Bilas seperti biasa.InsyaAllah berhasil...










TITIK BEKAM BAGI PESAKIT LEMAH SYAHWAT


Bagi kaum lelaki yang mengalami masalah lemah syahwat,berbekam pada point bahagian belakang badan seperti disebelah dapat menyembuhkan masalah anda dengan efektif dan cepat,insyaAllah...








JIN KAFIR TIDAK SUKA PADA MINYAK ARAB SEPERTI KASTURI DAN ATTAR


Kita boleh kenal pasti jin itu beragama islam atau kafir dengan meletakkan sedikit minyak attar/kasturi pada hidung pesakit yang kerasukan,jika jin itu menyumpah atau pesakit mual nak muntah,maka jin itu adalah jin kafir.

Lebih baik jika minyak itu diruqyah dahulu




















KAEDAH MANDIAN JIKA BADAN TERASA BERAT,MALAS,BISA,LESU ATAU SAKIT KEPALA


-Sediakan limau nipis 3 biji dan 1/2 kilo ais.

-Perah 3 biji limau nipis pada sebaldi air paip dan masukkan juga 1/2 kilo ais tadi,gaulkan hingga cair ais tersebut.

-Bacakan dengan kuat fatehah 1x,qursy 1x dan 3qul 1x lalu tiup 10 saat pada air dalam baldi tersebut.

-Pada waktu selepas asar dan sebelum maghrib,mandi dan jirus mulai dari kepala sehingga habis air tersebut,biarkan ia kering pada badan tanpa lap.

Boleh juga ditambah daun bidara yang ditumbuk atau diblender

INSYAALLAH SEMBUH...










TIPS MENGELAKKAN MASALAH TENAGA BATIN


1)Beli sebotol madu asli,saya syor jenama Madu Kaula atau Madu tualang.

2)Buka penutupnya,dan bacakan fatehah 11x dan qursy 11x lalu tiup 10 saat pada madu tersebut.

3)Minum sesudu 2x sehari iaitu pagi dan petang sampai bila-bila.InsyaAllah terhindar dari sebarang masalah tenaga batin dimasa-masa akan datang.

4)Jangan membasuh kemaluan sejurus selepas berjimak.

5)Elakkan minuman berais pada sebelah malam.

6)Elakkan melakukan kerja berat yang menyebabkan sakit pinggang.

7)6 bulan sekali digalakkan berurut tenaga batin bagi services urat-urat batin supaya kekal sihat sentiasa.

8)Wajib bersukan atau bersenam seminggu sekali bagi mengeluarkan peluh dan juga mengeluarkan STRESS dari badan.

9)Jika kerap STRESS akibat bebanan kerja,sila amalkan membaca Al Insyirah 7x tiap-tiap lepas solat supaya hati tenang dan juga STRESS akan reda.

10)Jangan sesekali mengambil ubat kuat/perangsang yang dijual dikaki lima kerana ia akan merosakkan sistem saraf batin amnya.

11)Lakukan bekam sunnah pada poin di pinggang








QARIN SESATKAN MANUSIA


Qarin ialah perkataan Arab yang bermaksud teman atau rakan. Istilah qarin di sini bermaksud roh-roh jahat daripada kalangan makhluk-makhluk halus yang mengiringi kelahiran seseorang bayi.

Kewujudan qarin ini ialah untuk menggoda manusia menampakkan hal-hal yang buruk dan yang jahat-jahat seolah-olah baik pada pandangan mata manusia. Qarin sentiasa berusaha untuk menjeru­muskan manusia dan mengajak mereka melakukan kemungkaran dengan cara menggoda, merayu, memujuk dan menipu. Semua manusia mempunyai qarin sama ada ia nabi atau orang yang alim.

Dalam surah al-An'am: 112 Allah S.W.T berfirman maksudnya:

"Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu."

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermak­sud:

"Tidaklah salah seorang daripada kamu (yang lahir ke dunia) melainkan dia telah dipertemankan den­gan seorang kawannya daripada jin dan seorang kawannya daripada kalangan malaikat. Sahabat bertanya: Adakah engkau juga wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Dan saya pun. Akan tetapi Allah menolong saya daripada gangguannya, maka tidak­lah ia mendorong saya, kecuali kepada kebaikan."

Tersebut dalam Al-Quran tentang tugas-tugas malaikat. Di antara mereka ada yang tugasnya men­catat amalan makhluk setiap hari, mencatat segala ucapan dan ada yang membawa wahyu kepada rasul­rasul dan nabi-nabi. Ada pula yang menjadi duta‑duta. Ada pula yang bertugas memelihara, Al -Quran, ada yang menjaga syurga dan ada yang menjaga ner­aka. Di antara mereka juga ada yang sentiasa berdoa siang dan malam, memuji-muji Allah dan bersujud. Ada pula yang sentiasa berdoa agar makhluk yang taat kepada Allah diberi keampunan.

Tersebut juga dalam Al-Quran tentang adanya malaikat yang datang membawakan ilham kepada Maryam bahawa dia akan diberi putera, atau yang kelihatan oleh Rasulullah S.A.W., ketika beliau mula-mula menerima wahyu. Disebut juga tentang malaikat yang bersayap, satu-satu, dua-dua, tiga-tiga dan empat-empat.

Tersebut juga dalam Al-Quran bahawa malaikat yang datang membawa wahyu kepada rasul-rasul itu namanya Jibril, yang juga disebut Ruhu ‘I Amin dan Ruhu I' Qudus. Manusia yang sentiasa beriman dan istiqamah (tetap hati)) akan didatangi oleh malaikat-malaikat untuk menghilangkan rasa takut dan dukacita mereka. Dalam Peperangan Badar malaikat telah datang menolong orang-orang Islam, sampai 3,000 malaikat jumlahnya.

Dijelaskan juga dalam hadis-hadis bahawa malaikat-malaikat itu memberi ilham yang baik seman­gat dan man. Ketika manusia diberi ilham yang baik oleh malaikat atau was-was yang buruk oleh syaitan, maka yang menerima ilham atau was-was itu bukan­lah badan kasar, melainkan roh manusia jua.

Tidak ada seorang pun yang dapat melihat dengan matanya sama ada malaikat atau syaitan yang datang memberi ilham atau was-was, melainkan pen­garuh mereka itu masuk ke dalam jiwa atau perasaan orang yang berkenaan. Kenyataan ini dikuatkan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Termizi, an-Nisai demikian maksudnya:

"Sesungguhnya dari syaitan ada semacam gang­guan kepada anak Adam, dan dari malaikat pun ada pula. Adapun gangguan syaitan ialah menjanjikan kejahatan dan mendustakan kebenaran dan sen­tuhan malaikat ialah menjanjikan kebaikan dan menerima kebenaran. Maka sesiapa merasai yang demikian, dia hendaklah mengetahui bahawa perkara itu daripada Allah dan terima kasihlah ia kepada-Nya.

Tetapi kalau didapatinya yang lain, maka dia hen­daklah berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam. Kemudian ia membaca syaitan menyu­ruh menjanjikan kamu kefakiran dan menyuruh kamu melakukan kekejian.

Jelasnya bahawa setiap orang itu mempunyai qarin. Maksud qarin di sini ialah syaitan yang senti­asa berusaha untuk menyesatkan manusia. Di antara qarin dan manusia, perbezaannya ialah manusia adalah seumpama bahan tunggangan, man­akala qarin (iblis dan syaitan) tadi adalah penung­gangnya. Demikianlah perbandingan yang diberi oleh Rasulullah S.A.W.

Maksud menunggang atau memperkosa di sini bukanlah seumpama manusia itu menunggang kuda, menjadikan syaitan itu seumpama seorang penung­gang yang sentiasa berada di atas jasad manusia dalam keadaan yang tidak dapat dilihat.

Maksud sebenar hadis ini ialah iblis dan syaitan itu sentiasa berazam dan berusaha supaya manusia menurut kehendaknya. banyak di antara mereka yang terpedaya dengannya sehingga menjadikan manusia itu memandang benda-benda yang baik itu buruk dan yang buruk itu baik serta menarik, cantik serta mengghairahkan, lantas mereka menentang perintah Allah S.W.T. Mereka inilah golongan yang menjadi bahan tunggangan qarin tadi.

Iblis menggoda dan menipu manusia

Gambaran godaan iblis dan syaitan terhadap manusia dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadis yang bermaksud bahawa seseorang itu apabila hendak menganut agama Islam, iblis akan menggoda dan menipu manusia. Syaitan akan bertanya adakah mereka hendak meninggalkan agama asal mereka, iaitu agama yang telah dianuti oleh bapa-bapa dan keturunan mereka sejak dahulu kala lagi. Ketika manusia hendak berhijrah, iblis dan syaitan bertanya, adakah mereka sanggup meninggalkan tanah air yang telah mereka diami sejak dahulu kala. Adakah mereka akan meninggalkan langit atau tempat mereka berlindung. Pada hal tempat yang hendak dituju belum pasti dapat menjamin kebahagiaan mereka.

Begitu juga halnya ketika manusia hendak berji­had ke jalan Allah. Iblis dan syaitan menakut­ nakutkan manusia supaya mereka sayangkan dunia yang begitu indah termasuk harta benda yang mere­ka miliki. Kemudian dibisikkan dalam hati mereka adakah mereka sanggup melihat isteri-isteri dikah­wini oleh orang lain apabila mereka mati ketika berjihad. Harta yang ditinggalkan akan dibahagi­ bahagi untuk orang yang masih hidup. Orang lain bersuka-ria menikmati harta peninggalan. Isteri yang ada berkahwin lain. Perjuanan seumpama ini adalah merugikan.

Sesungguhnya syaitan itu duduk mengganggu manusia dengan berbagai-bagai cara. la duduk melakukan gangguan kepada manusia dengan alasan Islam. Lalu ia berkata: "Apakah kamu masuk Islam dan meninggalkan agama kamu dan agama nenek-moyang kamu? Tetapi manusia itu menen­tangnya dan masuk Islam. Lalu syaitan itu duduk mengganggu manusia dengan jalan hijrah." Syaitan berkata: "Apakah kamu hendak hijrah, meninggalkan bumi dan langitmu? Tetapi manusia itu menentang dan hijrah. Kemudian syaitan itu duduk dan menganggu manusia dengan jalan jihad dan berkata: Apakah kamu akan berjihad sedangkan jihad itu menghilangkan nyawa dan harta. Kamu akan terbunuh. Maka isteri kamu akan dikahwini oleh orang lain, manakala harta-harta kamu akan dibahagi-bahagikan. Tetapi manusia tetap menentang syaitan dan terus berjihad.

Begitulah gambaran ringkas atas tamsil yang terjadi antara manusia dan qarinnya atau dengan sym­tan lain. Hanya manusia yang leka dan sesat sahaja yang akan terpedaya dengan qarinnya yang boleh diperintah dan dipacu menurut kehendaknya. Mereka inilah yang akan menjadi kuda tunggangan iblis dan syaitan. Inilah jawapan Allah S.W.T ketika iblis bersumpah akan membinasakan manusia seperti yang tersebut dalam surah al Hijr: 42 yang bermak­sud:

"Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu atas mereka kecuali orang yang mengikut kamu iaitu orang-orang yang sesat."

Selain gangguan qarin, Imam Muslim meriwav­atkan dalam kitab sahihnya bahawa Rasulullah S.A.W ada bersabda, yang bermaksud bahawa tidak ada anak Adam yang dilahirkan ke dunia ini yang tidak diganggu oleh syaitan kecuali Isa A.S dan ibun­ya Maryam berdasarkan firman Allah dalam surah Ali-Imran: 36 yang bermaksud:

"Sesungguhnya aku melindungi akan dia (Maryam) serta anak keturunannya daripada syaitan yang direjam."

Lantaran gangguan-gangguan yang sedia menung­gu maka Allah menyuruh supaya dibacakan azan (bang) di telinga kanan dan (qamat) di telinga kiri sebaik-baik seorang bayi itu dilahirkan yang salah satu tujuannya untuk mengelakkan daripada gang­guan iblis dan syaitan."

Daripada Abu Rafi R.A (bekas hamba yang dimerdekakan oleh Rasulullah S.A.W) ia berkata Yang maksudnya:

"Aku lihat Rasulullah S.A.W membaca azan solat di telinga Husain bin Ali ketika Fatimah R.A melahirkannya."

Menurut kepercayaan keagamaan orang Mesir pada zaman lampau, qarin ialah makhluk kedua dalam setiap individu, atau secara umumnya sebagai teman, rakan dan syaitan. Dengan kata lain, qarin umumnya dipercayai sebagai hantu, syaitan atau jin yang lahir bersama-sama bayi dan akan menjadi teman sepanjang hidup.

Kepercayaan orang-orang Islam di Afrika Utara terhadap qarin berkait rapat dengan kepercayaan orang-orang Mesir. Jin yang terdiri daripada jantina yang berlainan menjadi rakan pada roh. Sekiranya bayi yang lahir itu lelaki, maka qarin itu dianggap sebagai kakak, begitulah sebaliknya. Qarin dikatakan tidur dengan kembarnya dan mempunyai kaitan dalam tidurnya yang dikenali sebagai mimpi. Seorang yang sedang tidur dikatakan pengaruh qarinnya lebih kuat daripada orang itu.

Oleh:Dato Ustaz Haron Din

Isnin, 29 Mac 2010








PENYEMBUHAN TERAPI AL QURAN UNTUK SERING KEGUGURAN


Seorang gadis remaja bernikah pada usia yang masih muda.Pada tahun pertama dia telah hamil dan melahirkan seorang anak perempuan.Namun pada kehamilan berikutnya dia selalu keguguran sebelum genap bulan ketiga dari kehamilannya.Perkara ini tersu berlangsung hingga tahun-tahun berikutnya.Dia telah melakukan pemeriksaan doktor dan melakukan diet secara teratur namun hasilnya belum memuaskan.

Rupanya takdir Allah menghendaki kesembuhannya.Dia mendapat petunjuk untuk menemui seorang ahli terapi ruqyah yang bersedia datang untuk merawatnya pada masa-masa kehamilan.Ketika dia kembali hamil,ahli terapi ruqyah itu datang lalu membacakan lafaz-lafaz ruqyah sepanjang masa kehamilannya.Selain itu dia juga menasihati wanita itu untuk merawat dirinya sendiri dengan membaca ayat-ayat syifa tiap-tiap lepas solat.Hasilnya wanita itu berjaya melahirkan secara semulajadi, demikian juga pada kehamilan berikutnya dan semua anaknya dalam keadaan sihat wal afiat.

Ayat-ayat ruqyah untuk kesembuhan ini ialah al-fatehah 7x,al isra 82 7x,anbiya 89 7x










TIPS MENANGANI MASALAH UBAN DIKEPALA


Ambil sebiji kelapa tua diparut dan ambil santan pekatnya. Didihkan hingga keluar minyak. Tuangkan minyak itu ke dalam botol dan rendam bersama halba. Gunakan minyak ini setiap hari.InsyaAllah uban anda akan berkurangan dan rambut anda akan hitam semula.










TIPS IMAM SYAFIE 4 PERKARA UNTUK SIHAT


Empat perkara menguatkan badan..
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan..
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata..
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata..
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran..
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama










PETUA MELEMBUTKAN AYAM KAMPUNG

Apabila memasak gulai ayam kampung cara untuk melembutkan ialah dengan memasukkan empat biji kurma ke dalam gulai. Bila masak daging ayam akan menjadi lembut.
2)Ketika menyembelih hendaklah agak pantas ketika memotong uratlehernya.
MENGAPA KAUM YAHUDI BIJAK PANDAI

Oleh : Dr. Stephen Carr Leon

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano serta membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah serta payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah tabiat terpencil, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genetik, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genetik dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah syarikat YAHUDI……)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institusi tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $USD 1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yang mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan Dewan Perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yang dungu dan sudah tentu genetik bodoh akan mengikut ke generasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu terpencil dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi dungu, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$.70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri...

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai, Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Catatan : Sebenarnya pihak Yahudi tidak dapat mengalahkan ulama Islam yang biasanya pakar dalam berbagai bidang sedangkan orang Yahudi hanya pakar dalam satu bidang sahaja.Cuma pada zaman ini mereka lebih menonjol kerana kelemahan umat Islam.Tetapi peradaban dunia di bawah Islam adalah lebih hebat dan membawa kesejahteraan sedangkan peradaban dunia yang dikuasai Yahudi membawa kehancuran(ulasan penulis blog)






PENYEMBUHAN TERAPI AL-QURAN PENDERITA KANSER HATI

Tersebutlah seorang gadis yang dikenali taat beragama dan solehah atas takdir Allah SWT setelah ditahan di wad hospital ternyata dia positif menghidap kanser hati yang sudah kronik.

Akhirnya doktor menyampaikan kepada saudara pesakit bahawa keadaan adiknya semakin buruk dan boleh membawa kematian pada bila-bila masa.Ketika gadis itu mengetahui keadaan dirinya yang semakin buruk dia pun meminta kepada saudaranya untuk memberikan kepadanya mushaf al-quran agar dia boleh membacanya.

Selanjutnya gadis itu melewati hari-harinya dengan membaca al-quran siang dan malam.Setiap kali selesai membaca al-quran dia meniupkan pada kedua-dua tapak tangan dan mengusapkan pada bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh dijangkau.Beginilah yang dilakukan setiap hari siang dan malam yang dilalui.

Satu keajaiban terbongkar dihadapan para doktor yang merawatnya.Gadis itu kini telah menunjukkan perubahan positif.Hari demi hari penyembuhannya terasa datang begitu cepat.Para doktor semakin berasa takjub dan gadis itu terus melakukan apa yang telah dipraktikkan sehingga akhirnya dia betul-betul sembuh.Subhanallah segala puji hanya bagi Allah.

Sumber:Buku HIKMAH TERAPI AL-QURAN










TIPS BUANG ANGIN DALAM BADAN

Rebus halia sebesar ibu jari dengan secawan air biasa selama 10min...Minum pada waktu pagi setiap 3hari,insyaAllah badan anda akan segar dan tiada angin dalam badan lagi...
2)Lakukan bekam angin atau bekam sunnah
3)Buat mandian ais + bidara









TIPS MERAWAT SAKIT GIGI/GUSI

Petuanya mudah saja dan amat-amat berkesan dengan jangkamasa yang pantas.Beli 2 biji PANADOL ACTIVE FAST di kedai runcit yang berdekatan,makan 2 biji dan minum segelas air suam,dalam 30min sakit gusi/gigi anda akan hilang.Atau..
2)Ambil biji cengkih dan kemam atau letakkan di celah gigi yang sakit.









TIPS MENGESAN DAN MERAWAT SIHIR PEMISAH RUMAH TANGGA

Simptom-simptomnya...

-Sering melihat wajah suami/isteri dalam keadaan yang buruk,sakit kepala ketika melihat pasangan atau datang perasaan benci bila bertemu tetapi bila berjauhan datang rindu.

-Sering bermimpi melihat binatang atau berada ditempat tinggi.

-Sakit pinggang,dada dan kepala pada waktu asar keatas.

-Lemah tenaga batin dan tidak bernafsu tetapi fizikalnya sihat.

-Sering bertengkar pada waktu petang keatas kerana hal yang kecil/remeh-temeh.

-Sakit dibahagian ari-ari.

-Sikap berubah dengan mendadak.

-Panas baran.

Jika anda suami isteri yang bermasalah dalam r/tangga dan mempunyai kebanyakan simptom-simtpom diatas,maka sahlah anda terkena sihir pemisah r/tangga dimana tujuan utama sihir ini adalah supaya anda bercerai-berai..

Kaedah rawatannya ialah sediakan 4 botol besar air mineral dan buka penutupnya.Orang yang sihat/waris terdekat pada mangsa sila bacakan al fatehah 1x,al baqarah 102 3x,al a`raf 117-122 3x,yunus 81-82 3x,thaha 69 3x dan 3 qul 1x.Tiup 10 saat pada air tersebut,pesakit suami isteri itu perlu minum secawan air tadi pada waktu asar dan malam sebelum tidur selama 7 hari berturut-turut.InsyaAllah sembuh..









MENGHINDARI FITNAH WANITA

Assalamualaikum w.r.m.w.b.r. Tujuan artikel ini ditulis bukan untuk menghina kaum wanita atau menjatuhkan martabat mereka tetapi sebagai satu peringatan bagi saya terutamanya dan rakan-rakan perawat terutamanya yang menggelarkan diri mereka 'gentleman'.
Memang kebanyakan pesakit yang mengalami gangguan sihir dan sebagainya adalah kaum wanita.Jadi bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini antara perawat dan pesakit ada beberapa faktor perlu diambil kira:

1)Jarak antara perawat dan pesakit jangan terlampau rapat atau tidak boleh anggota badan kita selain tangan bersentuhan dangan anggota pesakit

2)Bagi pesakit yang tidak menutup aurat dengan sempurna adalah lebih baik kita meminta agar mereka memakai telekung ketika berdoa.Ini membantu konsentrasi perawat ketika berdoa dan perintah agar orang beriman lelaki menundukkan pandangan seperti pada ayat 30 surah An NUR.

3)Seboleh-bolehnya tidak menyentuh pesakit wanita atau cuba minimakan sentuhan pada bawah buku lali dan kaki sahaja.

4)Perhubungan melalui telefon,perbualan dan sebagainya tidak boleh terlampau bebas atau lari dari skop rawatan.Pesakit juga tidak sewajarnya bercakap dengan nada manja atau menggoda.Hendaklah bercakap dengan terang,tegas dan tidak berlebihan sesuai dengan ciri muslimat yang baik

5)Pesakit wanita disarankan agar memakai stoking panjang,atau seluar panjang di dalam kain bagi mengelakkan aurat terbuka ketika kerasukan.Juga kena pastikan ada baju dalam yang agak tebal dan labuh untuk elakkan ternampak bahagian belakang.Sarung tangan juga wajar dipakai untuk elakkan lengan baju kurung tersingkap ke bawah.Jika anda dapat menjaga syarat-syarat ini mudah-mudahan doa kita lebih dimakbulkan oleh Allah.Pesakit wanita juga perlu menundukkan pandangan dan melabuhkan tudung menutupi dada sesuai dengan perintah Allah dalam surah An NUR ayat 31.Sebaiknya tidak memakai perhiasan di kaki ketika datang untuk rawatan

6)Perawat juga perlu mengamalkan doa ini atau doa lain untuk mengelakkan fitnah wanita ini

"ALLAHUMMA INNI A'UZUBIKA MIN FITANIN NISA' WA MIN 'AZABIL QOBRI WA MIN 'AZABINNAR -
Ya Allah aku berlindung kepada Mu dari fitnah wanita dan dari azab kubur dan dari azab neraka"

juga doa ini "ALLAHUMMA TOHHIR QOLBI MINAN NIFAQI WAHSIN FARJI MINAL FAWAHIS-Ya Allah sucikan hatiku dari sifat munafik dan peliharalah kemaluan ku dari kekejian(zina,homoseksual,onani,lesbian dsbgnya)

Mudah-mudahan kita selamat dari fitnah wanita sepanjang hidup ini,Amin Ya Allah.





















CARA PENYIMPANAN AIR BIDARA

Bagi pesakit yang mempunyai gangguan yang serius atau lama dan perlu selalu kerap melakukan mandian adalah dicadangkan mencari daun bidara dalam jumlah yang agak banyak.Perlu juga sediakan air ruqyah yang banyak,sepeti 12 botol air mineral 1.5l atau lebih. Seterusnya blender daun bidara bersama air ruqyah dan masukkan dalam botol.,kalau boleh dua botol air mineral 1.5l atau lebih.
Simpan air bidara ini dalam peti ais dan gunakan sedikit bersama air mandian selepas asar dengan di campur sekilo ais .Lebih banyak atau lebih pekat air bidara yang digunakan lebih baik.Banyakkan minum air ruqyah dan air bidara untuk membantu kesembuhan.

Rabu, 24 Mac 2010










PANDUAN PAGAR DIRI DARI ILMU HITAM/SIHIR

Pagar Pertama (1) - Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah.
Amalkan memakan tamar (kurma) ‘Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar
Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar
tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda
Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: “Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar
‘Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir
yang terkena pada hari itu”.(Riwayat al Bukhari)

Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur.
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang
mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal
ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T
kepada mereka.Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: “Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: ‘Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.’(Riwayat at Tabraaniy)

Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah.
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas
serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.Mengikutriwa yat Abu Hurairah lah.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:Ertinya:‘Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan
didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu Daud)

Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat
mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.Ibnu Mas’ud lah.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya: “Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya”(Riwayat al Bukhari dan Muslim).

Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas.
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan
mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai
seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah
buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah
memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika
kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: “Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya saya berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan”.Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah.
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab
berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di
atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:“Ya Allah. saya
memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi
ke atasnya,dan saya berlindung dari keburukannya dan keburukan yang
telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini
keatasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan
orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah
melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu
daya.”(Riwayat Abu Daud )

Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada
Abu Hurairah: “Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi”.Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: “Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu.”(Riwayat al Bukhari)







KAEDAH MEROTAN JIN DI TAPAK KAKI

Melalui pengalaman-pengalaman saya sebelum dalam menangani gangguan jin yang liat,kaedah merotan jin pada tapak kaki pesakit amat efektif dan akan membuatkan jin-jin pengganggu mudah surrender.Yang penting anda hanya sediakan sebilah rotan dan pukul secara SEDERHANA sahaja pada tapak kaki pesakit dengan membaca ulang-ulang ayat al-mukminun 115.Kaedah merotan tapak kaki pesakit hanya dilakukan bila pesakit dalam KERASUKAN sahaja.Dilarang merotan kaki pesakit yang belum kerasukan.
Merotan adalah kaedah alternatif bukan kaedah utama.











TIPS SUPAYA PERAWAT TIDAK KENA SERANGAN JIN

Saya suka kongsikan disini serba sedikit tips-tips untuk perawat supaya terhindar dari pelbagai serangan dari jin/syaitan ataupun penyihir..

1) Ikhlaskan diri merawat kerana Allah.Maksudnya disini kita perlu tanamkan setiap masa niat kita merawat pesakit untuk 3 perkara,pertama kerana fardu kifayah,kedua kerana menyelamatkan akidah umat islam dari berjumpa tukang tenung/bomoh dan ketiga ialah untuk mengembangkan kaedah perubatan islam warisan nabi.

2) Perlu mengamalkan ayat-ayat pelindung diri tiap-tiap kali lepas solat.

3) Membaca dengan kuat ayat-ayat ruqyah semasa rawatan.

4) Pagar rumah guna ayat qursy seminggu sekali.

5) Pasang cd ruqyah dirumah 1x sehari.

6) Kaedah rawatan perlu seiring sunnah 100% supaya dapat barakah sanad.

7) Jangan menelek atau memberi info-info yang tak bermanfaat bagi menyedapkan hati pesakit.

8) Merawat ketika benar-benar bersedia,jangan ketika terlampau penat,sibuk dsbgnya

9) Lakukan mandian seperti kita rawat pesakit sekali-sekala untuk buang tempias.

10)Berbekam sebulan sekali








CARA TUKANG SIHIR MENGHADIRKAN JIN

1) Bersumpah atas nama jin atau syaitan.

2) Menyembelih binatang -tidak sebut nama Allah ketika sembelih.

3) Melakukan kemaksiatan pada diri sendiri -menzinai anak sendiri,bunuh anak atau isteri.

4) Menulis ayat Al Quran dengan menggunakan najis-umpamanya darah haid dijadikan dakwat

5) Menulis atau membaca ayat Al Quran secara terbalik atau songsang.

6) Melakukan penyembahan terhadap bintang.

7) Menggunakan tapak tangan budak kecil.

8) Menggunakan sesuatu yang telah dipakai seseorang.

9) Menyeru sehingga kerasukan

10)Menggunakan barang-barang aneh dalam perawatan








KETAKUTAN JIN KEPADA MANUSIA

Dari Mujahid,Abu Dunya meriwayatkan "ketika saya sedang mengerjakan solat pada suatu malam,secara tiba-tiba makhluk sebesar budak kecil berdiri dihadapanku,lalu aku mendesak untuk menangkapnya,kemudian makhluk itu berdiri dan berlari kebelakang dinding sehingga aku mendengar bunyi jatuhnya.Setelah itu makhluk tersebut tidak datang lagi".

Mujahid kembali berkata "sesungguhnya mereka takut kepada manusia,sebagaimana manusia juga takut kepada mereka.Mujahid juga berkata "syaitan lebih takut kepada salah seorang daripada kamu,kerana itu jika dia memperlihatkan dirinya kepada kamu janganlah kamu takut kerana akan mengalahkan kamu,akan tetapi bersikap keraslah kepada mereka nescaya mereka akan pergi".

Katanya lagi "setiap kali aku berdiri untuk mengerjakan solat,ada syaitan yang memperlihatkan dirinya menyerupai bentuk Ibnu Abbas,lalu teringat olehku akan perkataan Ibnu Abbas.Kemudian setiap kali aku akan solat,aku senantiasa siap untuk membawa pisau.Pada suatu hari dia memperlihatkan dirinya lagi kepadaku,lalu aku menyerangnya dan menikamnya hingga dia jatuh dan terdengar olehku suara jatuhnya.Setelah kejadian itu aku tidak lagi pernah melihatnya".

Nota : Bagi para perawat islam yang merawat pesakit kerasukan ganas dan cuba untuk menyerang perawat,janganlah anda gentar,bersikap keras dan tegas kepada mereka,insyaAllah mereka akan takut jua akhirnya.
Walaupun kita kena lawan perasaan takut itu tidak bermakna kita sembrono sahaja dan memandang enteng kepada kekuatan jin. Yang lebih baik adalah mematahkan hujah mereka dengan dalil yang kuat kerana jin ini walaupun ganas tetapi mereka tidak terdaya bila kalah berhujah seperti manusia yang walaupun hebat tetapi bila ada orang boleh patahkan hujahnya dengan cara yang padat dan tepat ia jadi tidak bermaya-terkedu

Selasa, 23 Mac 2010









CARA JIN MASUK KEDALAM TUBUH MANUSIA DAN LOKASI IA BERADA

Jin adalah makhluk berwujud udara sedangkan manusia memeliki lubang bulu roma,oleh kerana itu dia dapat masuk kedalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga.Dalil al quran yang menunjukkan bahawa makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah SWT
"Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala " Ar Rahman 15
Dalam hal ini Ibnu Abbas berkata,iaitu dari hujung nyalaan api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.Ketika jin masuk kedalam tubuh manusia,makhluk jin langsung menuju ke otak,melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia.Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit gangguan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada didalam otaknya.Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin,bahawa jin itu memberitahukannya bahawa mereka berada di otak manusia.
Dari bukti pengalaman memang kebanyakan pesakit gangguan yang lama merasa sakit di kepala.Apabila dilakukan mandian tindakbalasnya pesakit akan merasa lebih sakit terutamanya di kepala.









KEBAIKAN/HASIL YANG SEPATUTNYA WUJUD SELEPAS BERLATIH DAN MENGAMALKAN QURAN , SUNNAH KAEDAH SALAFI

Assalamualikum warahmatullahiwabarakatuh.Untuk pengetahuan semua saya adalah orang awam yang tidak belajar betul-betul mana-mana disiplin Agama dengan baik.Apa yang saya tulis ini adalah pendapat sendiri berdasarkan pengalaman, pembacaan dan hasil rumusan kuliah ilmu di masjid,surau dan lain-lain.Cuma saya ada sedikit kecintaan kepada sunnah Nabi S.A.W menyebabkan saya cuba juga menyebarkan sunnah Nabi yang merupakan suatu khazanah yang paling berharga,terutama apabila kita dapat kaitkan antara pengamalan sunnah dengan metod al Quran dan kita dapat memahami sedikit sebanyak permasalahan dunia semasa.

1.Keyakinan yang mantap terhadap agama- ini hasil dari berpegang teguh dengan nas yang sahih.Berpegang dengan hadis yang dhoif bukan tidak boleh cuma tidak mantap dalam membentuk keyakinan hati kerana sumbernya tidak mantap.
2.Keteraturan pemikiran,tindakan dan emosi-ini diperolehi dengan mencontohi akhlak Nabi S.A.W sebagai manusia yang paling teratur dan disiplin.Keteraturan ini akan nampak dari segi hiasan rumah,pejabat ,imej diri juga di dalam kereta sekalipun.Walaupun begitu ini adalah kemahiran yang memakan masa yang lama untuk mendapatkannya,kerana saya sendiri pun tidak dibina dalam lingkungan sunnah.Cara mudah untuk mengkajinya adalah penelitian terhadap sariyyah peperangan yang diatur Rasul S.A.W. Kita akan dapati ia dilakukan secara teratur dan dengan perancangan yang teliti dan pandangan yang jauh ke depan
3.Kebersihan lahir dan batin-tidak rela membiarkan kekotoran di depan mata ,walaupun cebisan kertas kecil di dalam surau akan dikutipnya.Lebih hebat kalau dia menyusun selipar atau kasut jemaah di surau sekali-sekala.Saya masih memperbaiki diri dalam bab ni.Kebersihan batin didapati dengan merasa tenteram dengan pengamalan sunnah kerana kita memang buat apa yang disuruh buat.Sepatutnya kita merasakan sunnah ini sendiri mempunyai cahayanya dan boleh membela dirinya sendiri kerana pemeliharaan dari Allah.Sunnah telah mengubah batin kerdil hamba-hamba,pemaksiat dan sebagainya menjadi orang yang termulia di sisi Allah.Kalau sekiranya kita tidak mampu mencapai kebersihan batin dengan sunnah nabi S.A.W maka bukanlah bermakna sunnah itu tidak sempurna tetapi kitolah yang tak reti.
4.Toleransi- Masyarakat kita masih dalam mengenal sunnah,jadi kita jangan terlampau banyak kritik tetapi tidak membina diri dan masyarakat.Membina diri sehingga orang mengenali watak orang sunnah iaitu budiman sejati,berkata benar ,ikhlas sesama manusia,cinta akhirat dan mati,banyak budinya di dunia ini dalam politik,ekonomi,pendidikan, dakwah, jihad dsbgnya.
5.Dakwah-di tempat lain saya tak tahu,tetapi di Malaysia kita kalah kepada jemaah lain yang lebih banyak melakukan dakwah.Pada pengamatan saya jemaah tariqat lebih tersusun dakwahnya dan lebih kerap melakukan dakwah menyebabkan pengikut mereka lebih ramai.Sepatutnya apabila kita melihat perkembangan umat yang ramai ini kita buat tindakan ke depan kerana kita tahu ustaz,ulama tidak mampu untuk memenuhi semua permintaan dakwah.Jadi cara terbaik adalah melatih semua pecinta sunnah teori dan praktikal dakwah.Bagaimana untuk dakwah orang cina,india ,asli ,melayu dan sebagainya.Bagaimana nak dakwah seorang dengan seorang ,seorang dengan ramai,ramai dengan seorang,ramai dengan ramai ,cara dakwah di disko,kedai makan ,pasar malam dan lain-lain.Cuba bayangkan ilmu dakwah ni diajar di masjid setiap minggu teori dan praktikalnya dan semua orang Islam mengetahui kaedah dakwah seperti mengetahui rukun sembahyang.Ambil contoh kalau di praktikalkan di masjid seorang pendakwah mendakwah seorang cina bukan Islam(ambillah sape-sape jadi sampel).Kita belajar dari mula cara menegursapa,cara membelokkan cakap kepada dakwah ,kemudian bersedia dengan soalan dan hujah dari dia .Sekiranya kita dah faham tentulah dakwah ini tidak akan asing sangat kepada umat Islam dan semua orang mempunyai kemahiran berdakwah maka runtuhlah kesyirikan.








7 SITUASI DIMANA JIN BERUPAYA MEMASUKI JASAD MANUSIA

1) Dalam keadaan terlalu marah.

2) Dalam keadaan terlalu sedih.

3) Dalam keadaan terlalu kuat termenung.

4) Dalam keadaan terlalu takut.

5) Dalam keadaan terlalu berani.

6) Dalam keadaan terlalu lalai beribadat.

7) Dalam keadaan terlalu bernafsu











IBLIS BUKAN MOYANG JIN

Iblis bukanlah moyang Jin tapi Iblis adalah berasal dari keturunan JIN...Dan ia sangat cerdik mirip malaikat tetapi ia kemudian berperangai buruk dan sombong,sebagaimana firman Allah ada menyebut "dan ingatlahlah ketika Kami berfirman kepada para malaikat,sujudlah kamu kepada Adam !!! maka sujudlah mereka kecuali Iblis.Dia dan golongan jin,lalu dia menderhakai perintah Tuhannya..(al kahfi 50)








KENA SIHIR BUKAN PERKARA MUSTAHIL

Dipetik dari Harian Metro

GANGGUAN kuasa jahat daripada jin dan syaitan boleh terkena kepada mana-mana pihak, terutama individu yang malas beribadat, sehingga membuatkan dirinya jauh daripada Tuhan.

Yang Dipertua Pusat Perubatan Islam Darul Salam, Abdul Hadi Ahmad Talhah, berkata gangguan itu adalah suatu perkara yang berlaku tetapi sesetengah doktor menafikannya, disebabkan gagal dikesan.

Menurutnya, ada orang mengerjakan solat, zikir dan puasa tetapi masih terkena juga gangguan syaitan.

"Tetapi yang penting kita baca (al-Quran) selalu, mudah-mudahan kita dapat elak gangguan jin dan syaitan atau sihir," katanya dalam satu bual bicara rakaman rancangan Radio Ikim, di Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Rakaman rancangan itu bertajuk Perubatan Konvensional dan Alternatif: Di mana Titik Pertemuan, turut membabitkan pensyarah Kolej Perubatan Cyberjaya, Dr Suriyakhatun Osman dan Shamsul Azhar Mahmood daripada Medic Massage.net.

Abdul Hadi berkata, gangguan kuasa jahat itu bagaimanapun boleh diatasi dengan kaedah tertentu yang sesuai dengan Islam, seperti mengamalkan ayat al-Quran yang menjadi pendinding diri.

Menurutnya, seseorang itu kena beramal terlebih dulu kerana orang yang tidak beramal, walaupun dibaca ayat al-Quran tidak akan memberikan kesan mujarab.

Beliau menjelaskan, antara ayat yang wajar dibaca bagi mengelak gangguan itu ialah ayat Kursi, surah an-Nas, surah al-Falaq dan surah al-Ikhlas, malah boleh juga diazankan ke telinga orang yang terkena gangguan.

"Kalau azan tidak menjadi juga, pergilah jumpa orang yang selayaknya," katanya, sambil menjelaskan, beliau selalunya membaca ayat ruqyah (pendinding) untuk merawat dan mengubati pesakit yang terkena gangguan terbabit.

"Mungkin selepas baca dia akan sejuk, panas, meraung atau tidak berasa apa-apa, mungkin ada makhluk itu menonjol keluar, maka sahlah dia ada penyakit gangguan.

"Orang yang alami gangguan ini juga biasa diganggu dalam tidur, mimpi yang buruk, umpamanya mimpi dikejar makhluk yang tidak pernah dilihat, mimpi jatuh bangunan tinggi atau mimpi dipatuk ular.

"Tandanya diganggu syaitan atau jin. Kena cepat cegah awal supaya dapat mengelakkannya beranak pinak, tetapi janganlah jumpa bomoh tidak sepatutnya," katanya.







RAHSIA SOLAT (POSISI PERTAMA)

Posisi pertama ialah berdiri lurus dan kedua-dua tangan diangkat keatas.Faedahnya,badan rasa mudah menanggung berat badan kerana beratnya terletak sama rata pada dua kaki.Belakang badan yang lurus membuatkan badan tidak bongkok.Fikiran dapat dikawal dan dikonsentrasikan.Pandangan mata tertumpu ketempat sujud.Otot-otot atas dan bawah bahagian belakang terasa tenang dan rehat.Pusat otak yang atas dan bawah bersatu.

Mendengar bacaan quran dengan teliti ketika berdiri menambah kekhusyukan solat










RUMAH YANG TIDAK DIMASUKI SYAITAN

1)Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga hak-hak dan kewajipan terhadap Allah.

2)Rumah yang penghuninya sentiasa rukuk dan sujud kepada Allah.

3)Rumah yang penghuninya sentiasa bersikap jujur dan memenuhi janji.

4)Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga punca pemakanan dimana hanya mengambil yang halal.

5)Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga dan menghubungkan silaturahim.

6)Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga adab dan berbakti kepada orang tuanya.

7)Rumah yang penghuninya terdiri daripada pasangan soleh dan solehah serta saling memahami dan bertolak ansur.

8)Rumah yang penghuninya penuh dengan kecintaan dan ketaatan pada Allah.

9)Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga adab dan rahsia.

10)Rumah yang penghuninya tidak melakukan kerja-kerja haram.

11)Rumah yang penghuninya sentiasa memelihara dan menjaga daripada perkara-perkara bid'ah.

12)Rumah yang penghuninya sentiasa merendahkan diri kepada Allah.

13)Rumah yang penghuninya penuh dengan salam dan meminta izin.

14)Rumah yang penghuninya saling bermaafan antara satu sama lain.

15)Rumah yang penghuninya sentiasa mengelakkan diri daripada perbuatan tercela.

16)Rumah yang penghuninya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan berzikir kepada Allah.

17)Rumah yang dibacakan surah al Baqoroh setiap tiga hari







TIPS MERAWAT SIHIR RUMAH TANGGA

Simptom-simptom sihir rumahtangga nie biasanya suami isteri akan kerap mengalami sakit kepala,dada dan pinggang pada waktu asar keatas,mimpi jatuh dari tempat tinggi,disamping sering bertengkar dan juga banyak halangan dalam hubungan kelamin.

Saya syorkan anda...

1) Sediakan 6 botol besar air mineral dan buka penutupnya..

2) Bacakan fatehah 1x,kursi 7x,al baqarah 102 7x,al a'raf 117-122 7x,yunus 81-82 7x,thaha 69 7x,al falaq 7x dan an nas 7x lalu tiup 10saat pada semua air tersebut.

3) 5 botol air tersebut dibuat minum 3x sehari sehingga habis.

4) Bagi anggota badan yang sakit seperti dada dan pinggang sila sapukan cuka makan 2x sehari.

5) Sebotol lagi air tadi dibuat untuk proses mandian.Caranya sediakan setengah baldi air paip,perah 3biji limai nipis dan masukkan sekilo ais,bila ais sudah larut mandi dengan jirus pada ubun-ubun perlahan-lahan sehingga habis.Mandi bilasan terakhir pada waktu asar keatas selama 7 hari berturut-turut.

6) Sebelah malamnya pula selepas isyak,buat solat hajat dan wiridkan kursi 170x dan minta Allah batalkan segala gangguan sihir yang melanda.









HANYA IBLIS TIDAK BOLEH DIBUNUH

Terdapat makhluk halus yang tidak boleh dibunuh kerana mereka diberikan umur yang panjang sehingga hari kiamat dan ada juga yang mati atau boleh dibunuh.Hanya Iblis sahaja yang tidak boleh dibunuh sepertimana firman Allah SWT dalam surah al-hijr ayat 36-38...

Maksudnya:"Iblis telah berkata kepada Allah,'wahai Tuhanku,berilah tempoh kepadaku hingga kehari mereka dibangkitkan.Allah berfirman 'dengan permohonan itu,maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberikan tempoh,hingga kehari,waktu yang telah ditentukan"

Ini menunjukkan bahawa makhluk yang termasuk dalam suka sakat Iblis ini berumur panjang,tidak mati dan tidak boleh dibunuh.Selain daripada Iblis,makhluk halus seperti syaitan,jin dan sebagainya beranak-pinak dan umur mereka berakhir pada tempoh tertentu.Ini bermakna mereka boleh dibunuh sepertimana tercatat dalam sejarah sewaktu penjelmaan mereka sebagai ular.Meskipun makhluk ini mati,tetapi kita tidak dapat melihatnya melainkan mereka mati semasa penjelmaan.

Berhati-hatilah dengan orang yang mendakwa boleh membunuh jin kerana kebanyakannya tidak boleh dibuktikan





















BIDARA BERKHASIAT DALAM RAWATAN GANGGUAN JIN

Daun bidara nie selalunya adalah daun yang selalu masyarakat islam gunakan bagi mandian jenazah dan ia selalunya ditanam diperkarangan surau ataupun masjid.Daun bidara memang ada hadis yang sahih dalam merawat pelbagai penyakit seperti gangguan jin dan sebagainya.Daun bidara di kawasan lembah klang nie,setakat yang saya tau mudah didapati di sebuah surau di section 2 bandar baru bangi.Jadi bagi sesiapa yang berhasrat untuk merawat diri atau orang lain,saya syorkan petik 21 helai daun bidara untuk buat mandian 3hari berturut-turut.Caranya..

1) Tumbuk lumat 7 helai daun bidara dan masukkan pada sebaldi air paip.

2) Bacakan al fatehah 1x,kursi 7x,al falaq 7x dan an nas 7x lalu tiup sehalus jarum sehingga habis nafas pada air tadi.

3) Minum air tadi sesudu.

4) Lakukan mandian bilasan terakhir tanpa lap pada waktu asar keatas selama 3 hari berturut-turut.

InsyaAllah sembuh.Kalau degil juga tambahkan sekilo ais dalam mandian