Pembaca Setia

Selasa, 23 Februari 2010










Pengertian sihir menurut bahasa arab

Telah berkata al-Laith :" sihir ialah amalan untuk mendekatkan diri dengan syaitan dan meminta pertolongannya".

Berkata al-Azhari :"Sihir berasal daripada memesongkan sesuatu dari hakikatnya kepada sesuatu yang lain"

Berkata Ibnu Manzur : " Tukang sihir menampakkan sesuatu yang bathil itu benar dan mengubah sesuatu daripada hakikatnya.Sesungguhnya tukang sihir telah mengubah sesuatu daripada bentuknya yang asal"

Telah meriwayat Syamr daripada Ibnu A'isyah : " Orang-orang arab menamakan sihir itu sihir adalah kerana sihir boleh mengubah kesihatan seseorang daripada sihat kepada sakit"

Berkata Ibnu Faris tentang sihir :" telah berpendapat satu kaum arab bahawa sihir ialah menampakkan sesuatu yang bathil dalam bentuk kebenaran".

Dalam Mu'jam al-Wasith menyebutkan bahawa sihir itu ialah :"sesuatu yang lembut (tersembunyi)"

Telah berkata pengarang Muhith al-Muhith :"sihir ialah menampakkan sesuatu itu dalam bentuk yang baik pada pandangan manusia sehingga menjadi fitnah"