Pembaca Setia

Rabu, 24 Februari 2010








Rawatan penyakit sakit sendi

1. Pegang tempat yang sakit dan baca ayat dibawah.
2. Boleh juga dibaca kepada air untuk dibuat minum dan disapu, atau minyak seperti minyak habbatus sauda dan sebagainya untuk disapukan di kawasan sakit-sakit sendi

Ayat-Ayat

1. Surah Al-Fatihah sebanyak 1x

2. Surah Ali-Imran 145 sebanyak 3x

3. Surah Al-Qadr 1-5 sebanyak 7x

4. Surah Al-Anbiya 30 sebanyak 1x







Apakah Amalan Paling Sesuai Untuk Saya? Pagar Rumah, Rasukan, Sihir, Saka, Pelembut Hati & Fizikal.

Pernahkah anda mengalami situasi dibawah?


Situasi 1

* Boleh tak beri saya amalan yang paling baik untuk diri saya ?
* Saya dah cuba amal ayat ini, surah ini, doa ini, tapi tak sesuai, boleh tak bagi saya amalan lain?
* Minta amalan lain boleh, saya dah cuba kaedah ni, tak mujarab.


Situasi 2

Anda merupakan seorang pesakit, dan anda hampir berputus asa untuk berubat.
Pergi perawat A kata saka, pergi perawat B kata sihir, pergi perawat C takda apa-apa
Perawat A suruh mandi limau, perawat B mandi daun bidara, perawat C soh mandi air kolah
Fedup!!!


Apapun sekali masalah anda
Janganlah sesekali merasa gelisah, tidak tenteram, kecewa
Memang, tidak dinafikan, manakan tidak, sakit satu hal
kerja tak dapat pergi
keluarga porak peranda
tanggungjawab sebagai anak, isteri, suami tak dapat dilaksanakan
Maka tekanan perasaan

Atas satu semangat berkongsi ilmu pengetahuan,
Dibawah saya kongsikan dua kaedah
yang saya anjurkan kepada sesiapa saja yang meminta buah fikiran saya

amalan ini saya ambil dari seorang yang saya anggap sebagai rujukan saya
pada beliau, tiada amalan lain yang dia rasa baik
untuk diajar kepada pesakit melainkan amalan ini

dan daripada maklumbalas (feedback) yang beliau dapat
ramai yang pulih ataupun hampir pulih (95%++)
sehingga tahap boleh kontrol diri , dengan izin Allah

Apakah kaedah ini?
Kaedah ini tidak perlu bertapa,
tidak perlu mengulang dengan bilangan yang banyak (penjazaman)
tidak perlu pengijazahan (keizinan untuk beramal)
tidak perlu

Kaedah ini banyak manfaat
Pagar Rumah, pendinding diri, pelaris, sihir, saka, santau,
cakaplah apa sekalipun, semuanya ada didalam kaedah ini
Amalkan lah kerana Allah,
mudah-mudahan dengan itu Allah mengangkat ujiannya kepada kita


Kaedahnya

Amalkan lah membaca Al-Qur'an
daripada permulaan sehingga khatam (tamat)
Setelah tamat, ulangkan kembali
dari permulaan (Surah Al-Fatihah) hingga tamat@khatam (Surah An-Nas)
Amal sampai bila-bila, sampai ke akhir hayat

Logiknya,

Al-Qur'an terdiri dari 6236 ayat, dimana setiap satunya mempunyai khasiat tersendiri
ibaratkan satu ayat itu satu khasiat
jika kita amal satu, dapat satu khasiat
jika amal 10 sahaja, kita dapat 10 khasiat
Rugilah kita jika kita hanya amal sebahagian kecil
dan kita tinggalkan sebahagian besar yang lain


Yang tercantik dan terbaik

Kita amalkan amalan yang biasa kita amal
tanpa kita tinggalkan ayat yang lain..
Contoh amal Manzil, disamping masa sama, kita cuba khatam Al-Qur'an
MasyaAllah besar pahala.. Besarnya faedah..


Halangan

Biasalah, dimana setiap satu yang baik kita hendak buat itu
pasti ada sahaja halangan-halangannya terutama daripada syaitan
biasalah, saya senaraikan frequently ask question (FAQ)


soalan FAQ,

1.saya baca merangkak-rangkak,
takpe... merangkak-rangkak pun takpe, hatta satu ayat sehari pun cukup... janji kita azam nak tamatkan Al-Qur'an dan mengulangnya

2.saya tak reti baca Al-Qur'an
takpe.. mulakan daripada muqaddam.. Hatta 1 huruf pun memberikan satu khasiat

3. Saya rasa bertambah panas, sakit saya melawan
Takpe, itu permulaan sahaja.. sehari dua.. kuat2 seminggu dua.. InsyaAllah lama-lama beransur lemah


Kaedah 2

Ini tidak termasuk dengan kaedah tadi
Bagaimanapun, ini ialah sampingan daripada kaedah diatas.
Apanya?

Dapatkan air yang dibacakan surah Yassin (samada baca sendiri atau dibaca berjemaah )
Mandi dan minumlah dengan air tersebut
Dikatakan air Yassin yang terbaik, ialah air Yassin yang dibacakan sekurang-kurangnya oleh 40 orang :)

Nah, terpulanglah pada tuan-tuan & puan-puan sekalian,
Nak amal atau tidak

Al-Qur'an diturunkan, dimana didalamnya terdapat penyembuhan dan rahmat bagi mereka yang beriman :)









Kaedah/petua untuk dapat anak

1) Baca atau dengar keseluruhan surah as Soffat pada sebelah pagi.
2) Baca atau dengar keseluruhan surah al Ma'arij sebelum tidur.
3) Baca ke atas minyak habbatus sauda' ayat-ayat berikut:
- Surah al fatihah
- Ayatul Kursiy
- Akhir Surah al Baqarah...(Amanar Rasul... hingga habis)
- Akhir Surah Ali Imran ayat 190-200
- 3 Qul (al Ikhlas, al Falaq. an Nass)

....lalu disapu pada dada, dahi dan belakang badan (tulang belakang) sebelum tidur.

4) Baca ayat yang sama pada madu asli: Makan satu sudu tiap-tiap hari satu jam sebelum makan apa-apa.
5) Ayat-ayat ruqyah (jampi) mestilah didengar tiap-tiap hari.....
Proses rawatan: Paling kurang 40 hari..... sehingga beberapa bulan..... bersabar, berdoa dan jangan putus harap dari Allah Taala..... Insya Allah anda akan dikurniakan cahaya mata permata ayah bonda... Amiiiiinnn....








Senarai ayat-ayat syifa

Diriwayatkan bahawa Abu al Qasim al Qusyairi (Risalah Qusyairiah) pernah menghadapi kesusahan disebabkan anaknya sakit tenat sehingga dia menjadi hampir-hampir berputus asa untuk mengubatinya. Keadaan ini sangat mencemaskan sehingga pada suatu malam beliau bermimpi bertemu mengadap Rasulullah saw lalu mengadukan penderitaanya kepad a baginda. Mendengar pengaduan tersebut, Rasulullah saw pun bertanya dengan penuh kasih sayang:

“Tidakkah dikau menggunakan ayat-ayat Syifa’ iaitu penyembuh?”

Imam al Qusyairi pun tersedar dengan serta merta. Beliau mencari ayat-ayat itu sehingga beliau memperoleh ayat-ayat tersebut pada enam tempat di dalam al Quran iaitu:-

14. Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka Dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan ia akan menyembuhkan (memuaskan) hati orang-orang Yang beriman

At Taubah:[ 14]

57. Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman.

Yunus: [57]

69. Kemudian makanlah dari Segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang Engkau sukai), serta Turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu Yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (dengan itu) akan keluarlah dari Dalam badannya minuman (madu) Yang berlainan warnanya, Yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada Yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang Yang mahu berfikir.

An Nahl: [69]

82. Dan Kami turunkan Dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat suci Yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang Yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang Yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

Al Isra’: [82]

80. "Dan apabila Aku sakit, maka Dia lah Yang menyembuhkan penyakitku;

As Syuara’: [80]


44. Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) Dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatNya (dalam bahasa Yang Kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul Yang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang Yang beriman; dan sebaliknya orang-orang Yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit Yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita Yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya Yang menerangi). mereka itu - (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang Yang diseru dari tempat Yang jauh (Masakan mereka dapat mendengar Dengan betul atau melihat Dengan nyata)".

Fussilat:[ 44]

Maka Imam al Qusyairi berkata:

"Saya pun menuliskan ayat-ayat tersebut di atas satu lembaran kertas kemudian saya membasuhnya dengan air lalu saya memberi minum kepada anak saya.

Lantas dengan izin Allah Jalla Jalaluh sembuhlah penyakit anak saya dengan serta merta!"


Selasa, 23 Februari 2010









Antara bahan-bahan yang boleh dan biasanya dibuat penawar dengan cara dijampi (diruqyah) adalah:
  1. Air mutlak Detailnya dalam post yang akan datang. Insya Allah!!!
  2. Minyak zaitun
  3. Kurma dan kismis
  4. Madu
  5. Minyak wangi
  6. Makanan dan minuman sunnah: Spt: Za'faran, habbatus sauda', badam dsb
  7. Bahan utk rawatan sihir: Limau, garam, air kelapa dsb
  8. Air susu kambing....
















Respon fizikal pesakit bila dibacakan ruqyah.


Bila baca ruqyah ada beberapa perkara boleh terjadi:

1) Jin berdialog; hati2 kena pandai bezakan antara dialog jin dan emosi pesakit.. maklumlah dah ko paksa cakap, pesakit pun kata... ah bedal la... cakap je la ape2 terlintas... dialog dgn jin boleh dikesan melalui PENGALAMAN...

2) Pesakit tunjuk tindak balas dengan agresif: silat lompat, getaran kuat pada badan dsb...

3) Tidak agresif...: menangis, kerdipan mata yang kuat dan laju, ketaran kecil pada jari tangan atau kaki.

4) Tiada tindak balas zahir: Cuma pesakit mengaku panas, degupan jantung yang kuat dan sebagainya.... degupan jantung dan cemas serta perasaan yang tak terkawal adalah sekurang2 petanda seseorang yang dibaca ruqyah kena ganguan

5) maintain je: Boleh jadi takde jin

Bila keadaan ini berlaku:

Bekalkan pesakit dengan cd ruqyah dan dengar di rumah.. bekalkan dengan air ruqyah untuk mandi dan minum...paling kurang untuk tujuh hari

Jangan rasa rendah diri dan hina bila kita baca al Quran pesakit dakwa tiada apa2 berlaku... Ingat kita adalah PEMBACA KALAM ALLAH... sekurang2nye kita dapat pahala bila mengaji Quran.... orang dan JIN yang dengar pun dapat pahala.. sebabtu jgn sekadar baca saje... bagitau mafhum ayat sedikit sebanyak dan pengajarannya... dakwah, pujuk nasihat, psycho, ancam, bentak dan ada kaedah targhib dan tarhib... al wa'du wal wai'ed...

Begitulah indahnya kaedah ruqyah syariyyah...






Dalil-dalil meruqyah untuk merawat sebarang penyakit


Nabi Muhammad SAW meruqyah dirinya sendiri tatkala mau tidur dengan membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas lalu beliau tiupkan pada kedua telapak tangannya, kemudian usapkan ke seluruh tubuh terjangkau oleh kedua tangannya. (HR. Al-Bukhari )

Jabir Bin Abdullah r.a. berkata, "Seseorang di antara kami disengat kalajenking. Kemudian Jabir berkata, "Wahai Rasulullah apakah saya boleh meruqyahkannya? Maka beliau bersabda, "Barangsiapa di antara kalian yang sanggup memberikan manfaat kepada saudaranya, maka lakukanlah." ( HR. Muslim )

Aisyah r.a. juga mengatakan, "Rasulullah SAW memerintahkan padaku agar aku minta ruqyah dari pengaruh 'ain ( mata yang dengki )." ( HR. Muslim )

Dari Abu Sa'id Al-Khudhri r.a., Jibril mendatangi Nabi SAW, lalu berkata, "Wahai Muhammad apakah engkau mengeluh rasa sakit?" Beliau menjawab, "Ya!" Kemudian Jibril ( meruqyahnya ), "Bismillahi arqika, min kulli syai'in yu'dzika, min syarri kulli nafsin au 'aini hasidin, Allahu yasyfika, bismillahi arqika" ( "Dengan nam Allah aku meruqyahmu, dari segala hal yang menyakitimu, dan dari kejahatan segala jiwa manusia atau mata pendengki, semoga Allah menyembuhkan kamu, dengan nama Allah saya meruqyahmu") ( HR. Muslim )

Aisyah r.a. berkata, "Biasanya Rasulullah SAW apabila ada seorang yang mengeluh rasa sakit, beliau usap orang tersebut dengan tangan kanannya, kemudian berdoa, "Hilangkanlah penyakit wahai Rabb manusia, sembuhkanlah kerana Engkaulah pemberi penyembuh, tiada kesembuhan selain kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tiada meninggalkan penyakit." ( HR. Muslim )

Uthman Bin Abil 'Ash r.a. datang menemui Rasulullah SAW mengadukan rasa sakit pada tubuhnya yang dia rasakan semenjak masuk Islam, kemudian Rasulullah SAW berkata, "Letakkan tanganmu pada tempat yang terasa sakit, kemudian bacalah; "Bismillahi" ( dengan menyebut nama Allah ) tiga kali, dan bacalah; "A'uzu billahi wa qudrotihi min syarri ma ajidu wa uhadziru" ( aku berlindung dengan Allah dan dengan qudrat-Nya dari kejahatan yang aku dapati dan yang aku hindari ) tujuh kali." ( HR. Muslim )







Syarat Meruqyah Syariah


Para ulama sepakat membolehkan Ruqyah dengan tiga syarat ;

  1. Dengan mempergunakan firman Allah ( ayat-ayat Al-Quran ) atau nama-nama dan sifat-sifat-Nya.
  2. Mempergunakan Bahasa Arab atau bahasa yang dapat difahami maknanya.
  3. Berkeyakinan bahwa zat Ruqyah tidak berpengaruh apa-apa kecuali atas izin Allah SWT.





Definisi Saka (Jin Keturunan)

Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.

Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.

Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan bulan malah tahun.

Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah mendirikan solat subuh.

1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )
2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )
3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )

Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang dibacakan ayat-ayat Al Qur'an ia akan menjadi darah daging kamu. Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin Allah...... Jin (saka) yang berada di dalam tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah s.w.t. Insya Allah....

Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan seluruh anggota kamu akan menjadi pija (panas) terutama di bahagian tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan jin di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujarabannya.....







Sihir Dalam Masyarakat Melayu

Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.
Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-
  • Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia,
  • Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu,
  • Polong : Bagi menghisap darah mangsa
  • Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.
Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.

Jenis-Jenis Sihir
PATUNG
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.

SANTAU
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir

TELUR LAYANG
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.

TANGKAL dan AZIMAT
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za'faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.

Sihir Pembenci Dan Kasih Sayang

Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati







Cara bomoh bersahabat dengan jin/syaitan

Terdapat berbagai cara yang diamalkan oleh bomoh dan tukang sihir untuk mendapatkan khidmat syaitan dan jin dalam perubatan atau untuk melakukan sihir terhadap seseorang.Kaedah yang digunakan adalah berbeza mengikut susur galur perguruan yang diterima oleh seseorang bomoh atau tukang sihir.Apa yang pastinya adalah, untuk melakukan sesuatu perbuatan sihir,bomoh atau tukang sihir tersebut perlu melakukan sesuatu amalan dan upacara tertentu yang bercanggah dengan syariat islam.Antaranya ialah menjadikan mus'haf al-Qur'an sebagai alas kaki untuk masuk ketandas, menulis ayat-ayat suci al-Qur'an dengan najis, menulis ayat-ayat suci al-Qur'an dengan menggunakan darah haid sebagai dakwat, menulis atau mengamalkan sesuatu surah secara terbalik seperti membaca surah al-fatihah dan al-ikhlas secara songsang, solat tanpa wudhuk, tidak mandi hadas, membuat sembelihan tanpa menyebut nama Allah dan bersemah untuk syaitan atau tok keramat, menyembah bintang-bintang, rogol atau sumbang mahram dan ada pula yang menulis mentera-mentera yang tidak diketahui maknanya dengan lafaz-lafaz yang mengandungi unsur-unsur syirik terhadap Allah s.w.t.

Disini kita dapat faham bahawa jin dan syaitan tidak akan membantu para bomoh atau tukang sihir kecuali ada persetujuan kedua-dua pihak dari sudut imbalan.Bomoh dan tukang sihir perlu melakukan sesuatu yang ditegah syarak sebagai imbalan @upah atas kerja yang dibuat oleh golongan jin dan syaitan.Semakin kufur bomoh tersebut maka semakin taatlah syaitan kepadanya.Jika tukang sihir tidak melaksanakan tuntutan syaitan ini maka syaitan tersebut juga tidak akan bersedia untuk menjadi khadamnya.Oleh itu tukang sihir dan syaitan adalah dua sahabat karib dalam melaksanakan sihir.

Jika anda perhatikan dengan mata hati yang ikhlas kepada Allah, maka anda akan dapati dengan jelas wajah kekufuran tukang sihir seperti mendung hitam.

Jika anda kenali tukang sihir dengan lebih dekat maka anda dapati kehidupan mereka amat hina sekali, mereka tidak ada kelapangan jiwa, hidup tidak tentu arah, mereka sentiasa cemas dan tidak tenteram.Disamping sahabat-sahabat mereka dari kalangan syaitan sering mengganggu dan menyakiti anak-anak mereka.

Benarlah firman Allah s.w.t :

124. Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, Maka Sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta".









Pengertian sihir menurut bahasa arab

Telah berkata al-Laith :" sihir ialah amalan untuk mendekatkan diri dengan syaitan dan meminta pertolongannya".

Berkata al-Azhari :"Sihir berasal daripada memesongkan sesuatu dari hakikatnya kepada sesuatu yang lain"

Berkata Ibnu Manzur : " Tukang sihir menampakkan sesuatu yang bathil itu benar dan mengubah sesuatu daripada hakikatnya.Sesungguhnya tukang sihir telah mengubah sesuatu daripada bentuknya yang asal"

Telah meriwayat Syamr daripada Ibnu A'isyah : " Orang-orang arab menamakan sihir itu sihir adalah kerana sihir boleh mengubah kesihatan seseorang daripada sihat kepada sakit"

Berkata Ibnu Faris tentang sihir :" telah berpendapat satu kaum arab bahawa sihir ialah menampakkan sesuatu yang bathil dalam bentuk kebenaran".

Dalam Mu'jam al-Wasith menyebutkan bahawa sihir itu ialah :"sesuatu yang lembut (tersembunyi)"

Telah berkata pengarang Muhith al-Muhith :"sihir ialah menampakkan sesuatu itu dalam bentuk yang baik pada pandangan manusia sehingga menjadi fitnah"








Sihir menurut istilah syarak.


Telah berkata Fakhruddin al-Razi :"sihir menurut uruf syarak ialah setiap perkara yang tidak di ketahui sebabnya dan pandangan terhadap sesuatu itu tidak seperti hakikatnya ia ialah sesuatu yang mengelirukan dan penipuan."

Telah berkata Ibnu Qudamah al-Maqdisi :"sihir ialah terdiri daripada ikatan (halang dari persetubuhan ), jampi-jampi,ucapan tertentu atau dalam bentuk tulisan, amalan sesuatu yang boleh memberi kesan kepada orang yang disihir pada hati dan akalnya tanpa menyentuhnya.Sihir boleh membunuh, mendatangkan penyakit, suami tidak boleh menggauli isterinya, berlakunya perceraian, menimbulkan kebencian, menyemarakkan cinta dan syahwat".

Telah berkata Ibnu Qayyim :"Sihir ialah berpunca daripada kesan campurtangan ruh-ruh yang jahat (jin&syaitan)."







Contoh lain gangguan jin.

  • Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
  • Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
  • Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.
  • Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.







Diantara penyebab gangguan jin.

  • Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.
  • Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.
  • Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan prekara ini jin tidak akan dapat menganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : Sangat marah, Sangat takut, Sangat lalai dan Mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.







Sebab masuknya jin kedalam tubuh manusia.

Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah dikeranakan syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang dialami manusia. Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan perkahwinan serta mempunyai anak. Perkara yang demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama' yang membicarakannya.

Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan air panas, atau membunuh mereka, padahal manusia tidak mengetahuinya. Dikalangan makhluk jin juga ada yang bodoh, ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita jumpai dalam kehidupan manusia yang bodoh.

Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah merupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu dalah perbuatan keji yang diharamkan. Penjelasan seperti ini perlu dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang diutus kepada semua makhluk manusia dan makhluk jin.

Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari mereka, mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan menjadi tempat tinggal manusia.






Simptom gangguan semasa tidur

  • Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.
  • Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
  • Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
  • Mimpi yang sangat menyeramkan.
  • Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
  • Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
  • Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
  • Berperasaan sedih pada saat tidur.
  • Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
  • Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
  • Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
  • Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
  • Bermimpi melihat hantu.
RAWATAN ISLAM-Simptom semasa jaga/sedar.
  • Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
  • Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
  • Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
  • Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.






Perlindungan terhadap gangguan jin.
  1. Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauinya.
  2. Mengucapkan "Bismillah" pada setiap kesempatan, iaitu ketika :-
    • Hendak melompat dari tempat yang tinggi.
    • Terjumpa sesuatu di atas tanah.
    • Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan kosong.
  3. Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu pagi, petang ataupun pada waktu makan.
  4. Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada Allah agar ia keluar dari rumah.
  5. Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat merangsang nafsu seseorang.
  6. Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan dangan wanita yang bukan muhrimnya.
  7. Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.
  8. Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.
  9. Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.
  10. Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu adalah senjata ampuh bagi syaitan.








Cara jin masuk kedalam badan manusia


Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,"Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala". ( Ar-Rahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.

Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya. Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa mereka berada di otak manusia.